Persahabatan yang hilang

Hm hari ni saya ambil cuti rehat.. Walaupun cuti saya sebenarnya sedang dalam proses untuk menyelesaikan satu transaksi yang agak penting..
Walaubagaimanapun saya masih tidak bercuti untuk menulis blog , ini kerana percutian dalam menulis blog mungkin sedikit sebanyak akan menambahkan sebatian kemalasan yang melampau dalam diri ini. Okaylah cukup dengan kisah cuti yang diambil tu..

Mulakan dengan topik bertajuk ‘Persahabatan yang hilang’. Masa demi masa berlalu. Kita akan berhadapan dengan situasi di mana kita akan kehilangan kawan-kawan samada secara sedar atau tidak.. Persahabatan sebenarnya memang tiada yang kekal namun kita sebagai seorang sahabat mestilah sedaya upaya untuk menjadi seorang sahabat yang setia. Walaupun mungkin gaya hidup telah berubah namun janganlah dilupakan kepada rakan-rakan yang pernah menjadi iklan dalam kehidupan kita..

Melihat gambar ini yang diambil sekitar tahun 1996 (betul tak huda, firus??) secara jujurnya separuh dari mereka-mereka saya tidak mengetahui namanya lagi.. He he he..
Mungkin setelah lebih 10 tahun, keadaan masing-masing sudah berubah.. Masing-masing memiliki kehidupan sendiri. Dan camnelah agaknya kehidupan masing-masing ye .. semoga berbahagia hendaknya…

Anda ada kisah mengenai persahabatan yang hilang?? Pastinya pengalaman kehilangan rakan-rakan pasti dialami oleh setiap insan di muka bumi ini.. Inilah pergerakan hidup kita.. Kadang-kadang kita sangkakan yang dialah yang paling rapat dengan anda namun tanpa disangka boleh bertukar menjadi musuh.. Wallahualam…

Semoga persahabatan blogger ini akan berkekalan untuk tempoh yang panjang.. AMIN

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1614
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Persahabatan yang hilang”

  1. ktomNo Gravatar says:

    Zool, bagi Ktom nilai sebuah persahabatan tidak ternilai harganya. Jik boleh biarlah persahabatan itu kekal selamanya. Namun kadang2 masa berubah, keadaan berubah yang menyebabkan hubungan yang terjalin dipinggirkan begitu saja. Masing2 membawa haluan masing2. Tapi alangkah baiknya jika jalinan persahabtan itu kekal hingga ke anak cucu. Apa salahnya kan?

    Ktom masih lgi menghubungi sahabat2 lama jika ada peluang. Walaupun dan berpuluh tahun berpisah tapi keakraban kami sukar diuntaikan. Begitulah biasanya bila Ktom dgn sahabat.

    Ktom ni ramai adik angkat sebenarnya….mereka tinggal dimerata tempat, namun setiap hari raya , maulidur rasul ke atau apa2 pun mesti nak sms bg ucapan.

    Reply

  2. zoolNo Gravatar says:

    ktom —> baguslah tu ktom.. biar ramai kawan jangan ramai musuhkan…

    Reply

  3. abdfatahNo Gravatar says:

    kawan2 ramai laa. sahabat payah sikit nak cari. kengkawan sekolah rendah dan jugak kengkawan sekolah menengah. kalo kat rumpun07 ada yang terjumpa member sekolah, macam jejak kasih pulak….

    Reply

  4. sanNo Gravatar says:

    Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang benar2 sahabat.Saya pula ramai kawan tapi bukan dlm internet.Kalau ada pun tidak sampai 100 orang.Tapi sahabat yang hilang biasanya tidak ada berita lagi.Saya lebi suka bersahabat dgn org yg lebi tua dari saya,dlm 70 tahun sbab saya brpeluang untuk mendengar perkongsian dan pengalaman mereka masa lalu.Dan itulah yang tidak ternilai bagi saya.Dan fikiran pun cepat matang.

    Reply

  5. asmidNo Gravatar says:

    zaman sekarang susah nak cari kawan yang betul boleh kita panggil sahabat karib. kalau nak ajak berlawan memang ramai.

    Reply

  6. syazilaNo Gravatar says:

    sahabat yang sejati sukar dicari tapi cukuplah sekadar sahabat yang mampu berkongsi suka duka ngan kiter….

    Reply

  7. kuriNo Gravatar says:

    Zulkiplyjoharis-
    Saya pun pernah merasai apa yang saudara utarakan.
    Memang agak terkilan bila orang yang kita pertahankan , menikam kita dari belakang
    Ianya membuatkan kita hilang kepercayaan erti persahabatan dan hidup dengan berhati-hati dan akhirnya kehidupan kita menjadi bosan kerana dengan paranoia tersebut

    Reply

  8. dianniNo Gravatar says:

    asalam… bukan semua sahabat akan menikam dari belakang ataupun khianat kita..saya da seorang kawan yang boleh dikatakan amat memahami saya dan amik berat ttg sya..bagi sya dialah segala2nya dan saya sanggup wat pe saja untuk dia ..walaupun byk kali sya menyakiti hati dia tp diat tetap menerima saya sebagai sahabat dia..adiena i lovu u so much..

    Reply

  9. en. ikanNo Gravatar says:

    sahabat?? satu perkataan yang sangat mendalam ertinya… bagi aku persahabatan tu sama penting mcm memiliki keluarga sendiri, malah ada sesetengan individu menganggap sahabat adalah lebih utama daripada keluarga… lebih sengang berkongsi suka dan duka bersama keluarga daripada individu luar yang belum tentu terbukti lg kesetiaannya…

    Reply

  10. ya_oi123No Gravatar says:

    Assalamualaikum…

    Saya rasa cerita hidup saya mi mungkin ada kaitan dengan tajuk “Persahabatan yang Hilang”. Ceritanya macam ni. Tahun 2006, saya belajar di kolej matrikulasi. Memang lainlah udara kat situ. Sebab masa zaman sekolah. Saya ni jenis yang tak kisah berkawan. Sayapun tak tahu apa itu sahabat dan tak terlintas di hati saya hendak mencari sahabat. Apa lagi sahabat sejati. Balik ke kolej matrikulasi, satu hari tu, saya rasa sunyi betul walaupun kawan saya ramai di sana. Tapi, tak ada seorangpun yang dikatakan boleh kamcing atau ngam dengan saya. Tibalah satu malam tu, saya pergi ke bilik kawan saya. Saya dengan kawan sayapun berboraklah. Hari demi hari, kami makin rapat.

    Dan sayapun masa tu barulah erti sahabat dan saya bersyukur kerana Allah telah memberi seorang sahabat dan saya ingin menjadi sahabat yang sejati. Sungguh seronok kalau ada sahabat. Tapi, itu tak bermakna saya tidak berkawan dengan orang lain. Dan pada satu hari, saya rasa, saya yang terlalu ambil berat, terlalu mengorbankan untuk dia dan apa-apa lagilah. Saya rasa bodoh. Tapi, kawan saya yang saya dah anggap sahabat, buat tak tau aja kat saya. Bukannya nak minta belas kasihan atau apa. Tapi, dia buat saya macam saya ni hamba dia.

    Saya marah dengan dia. Tapi, saya sayang dia sebagai sahabat. Saya cuba kukuhkan hubungan persahabatan. Lepas tamat pengajian di matrikulasi, dia selalu telefon saya dan sam saya. Saya tak layan. Saya tak mahu lagi ada sahabat seperti dia. Baru dia tahu sahabat dia tu siapa dan saya nak dia rasa macam mana hilangnya seorang sahabat. Sebenarnya banyak lagi ceritanya t5api saya tak tahu nak ungkap dengan kata-kata.

    Sekian, wassalam.

    Reply

  11. Adam YusoffNo Gravatar says:

    Saya ada problem mengenai seorang sahabat yang betul-betul complicated. Too much dan saya bosan dengan sahabat saya ni. So nasihat saya kepada rakan-rakan yang mempunyai sahabat yang seperti dibawah:-
    1) apabila dia marah, dia tidak akan bertegur sapa dengan anda walaupun anda dah bertegur dengan dia berkali-kali, tapi dia buat tak tahu jek. Dia tak suka argue, kawan macam ni complicated.
    2) anda menyedari dia berkawan dengan anda untuk kepentingan sahaja, seperti oleh sebab anda ada housemate yang kaya, dia pun baru dan selalu datang melawat kerumah anda tapi bukan untuk berjumpa dengan anda tetapi hanya untuk tengok tv plasma dan propose hendak pindah ke rumah anda.
    3) apabila dia mula compare anda dengan kawannya yang lain.
    Tinggalkan dia, he’s not worth to be our friend anymore. Find another. Even anda rasa dia dengan anda dah macam adik beradik.
    Kawan macam ni bukan untuk susah dan senang.

    Reply

  12. nonieNo Gravatar says:

    salam… sy ade kawan,kwan baik sy yg sy sayang…dulu kami 1 kolej,tp d sebabkan pergaduhan yg besar,dia ambil keputusan utk pindah kolej ke uitm trngganu,sedangkan sy berada di johor…sy amat merindui dia…bila dia jauh kiteorang still cntact lg,tpi dia just cari sy time dia ade prob sje,dia x hargai sy sebagai sahabat…dulu g mane2 semua kata kitaorg adk brdk…sekarang sy cube jauhkan diri dari dia,tp dia mcm biase xmerindui sy,permulaan sj dia cari sy,lepas 2 senyap cam 2 je,kalaula dia tahu sy sayangkan pesahabatn kami……dan kalau la sy boleh putarkan kembali masa yg lalu…
    thank…..

    Reply

  13. fifirianiputriNo Gravatar says:

    salam …saya kehilangan sahabat…dah lama sangat saya tk jumpa saya sangat merinduinya

    Reply

Leave a Reply