Perpisahan Ini – Lagu antara persahabatan

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekarang ni si Zool agak berminat dengan lagu dari kumpulan 1st Edition yang bergabung dengan Aizat bertajuk ‘Perpisahan Ini’. Memang menarik lagu yang berentak balada ni. Selain dari melodi lagu yang mendayu, lirik lagu ni pun cukup memberi makna. Mula-mula tengok lirik lagu :-

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
————————–

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
——————————-
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
————————————
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
————————————–
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
——————————-
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
———————————
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Kalau kita tengok, lirik lagu ni mengisahkan antara seorang individu yang mengenang kembali sahabat karib yang telah pergi . Dalam bait-bait lirik menceritakan betapa besarnya nilai persahabatan. Bagaimana rakan tersebut bersama dikala suka dan duka.
Sememangnya lagu tersebut sedikit sebanyak ada cerita antara kita. Pastinya kita pernah mempunyai sahabat karib yang berada di masa susah dan senang terutama pada waktu kita dalam alam remaja untuk meningkat dewasa. Walaubagaimana hebat sekalipun ikatan persahabatan kita, pastinya ia akan terputus satu hari nanti. Samada ianya hilang dengan rela ataupun tidak. Inilah namanya kehidupan. Jadi jangan terlalu kecewa jika kita kehilangan sahabat kerana ianya pasti akan berlaku satu hari nanti.. Secara amnya, si Zool pun mempunyai beberapa orang sahabat yang hilang tanpa perpisahan. Samada mereka masih bernyawa atau telah meninggalkan alam dunia tidak diketahui. Seandainya mereka membaca blog ni, terima kasih diucapkan kerana pernah menjadi sahabat walau dalam tempoh sekejap.
Okay cukuplah melalut..

Kalau tak pernah dengar lagu Perpisahan Ini – 1st Edition feat Aizat boleh layan youtube . Siap dengan lirik.

Ni pula nyanyian dari pemain gitar, emoafi kat youtube. .

Boleh tahan gak mamat ni nyanyi. Kalau dapat kod lagu ni nak gak buat satu lagi lagu kat 1tube.my. Ada sesiapa yang terer boleh carikan kod tak??

Okay sekian.

p/s :- Rasa cam nak layan lagu ni je untuk Blogger Idol – Tia. Tapi kalau dapat duet lagi best tu..

Pengunjung Entri Ini :4778

5 comments:

  1. Asslamualaikum, saya memang dengar lagu ni lama dah… dan dah masuk dalam list ‘my forever music’. Cuma sekarang saya tgh usaha nak cari versi karaoke nyer. bleh admin carikan?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,425 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge