Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni terbaca mengenai artikel di Sinar Harian mengenai perokok belanja hampir RM180 sebulan.

Menurut kajian yang melbatkan 4,250 responden dewasa berumur 15 tahun dan keatas itu, purata seorang perokok membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan hanya untuk membeli rokok. Melalui kajian itu juga didapati 45.8 peratus perokok terfikir untuk berhenti merokok disebabkan amaran bergambar. Kesedaran itu juga timbul melalui maklumat antimerokok di media massa. Selain itu 92.2 peratus perokok percaya bahawa perbuatan mereka boleh menyebabkan penyakit serius manakala 85.8 peratus responden percaya menghidu asap rokok orang lain akan menyebabkan penyakit serius. Kajian tersebut melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta,AS.
Si Zool tidak pernah merokok dan diharap tak perlu merokok di masa akan datang. Walaubagaimanapun memang ramai orang di sekeliling yang mempunyai tabiat ini. Melalui pengalaman dengan mereka, memang kajian diatas ada benarnya. Kebanyakan rakan yang merokok mengetahui tentang kesan merokok pada tahap kesihatan samada pada diri sendiri atau orang lain namun sukar bagi mereka untuk membuang tabiat ini.
Kalau ikut kajian, angka yang dibelanjakan memang tinggi (mungkin ada yang lebih dari itu) untuk dibelanjakan. Kalau ikutkan RM180 tu hampir dengan jumlah perbelanjaan makanan di hari kerja tu. Tapi mungkin para perokok akan memberikan alasan tersendiri mengenai keadaan tersebut.
Jadi kepada yang merokok tu dan rasa nak berhenti cuba tengok panduan di bawah ni.. (Klik pada gambar)

Mana tau, dengan berhenti merokok anda boleh menjimatkan lebih dari RM180 sebulan. Banyak tu..
Sekian..




byknya..masuk asb ke ag bgus..
Reply
zool
Reply:
June 13th, 2012 at 12:18
Tu le.. kalau ASB setahun dah seribu lebih..
Reply
kaya gile lah perokok ni…kuar RM180 sehari. rileks je
Reply
zool
Reply:
June 13th, 2012 at 12:18
Den ada typo ke ?? Rasa tulis sebulan…
Reply
Adylia Qarissa
Reply:
June 13th, 2012 at 14:57
tersalah mata membaca tu ;p
Reply
rokok kan tanda kemacholan lelaki..heheheheee
Reply
membazir je..berbelanja rm180 sebulan hanya untuk menuju kesakitan di kemudian hari..berbaloi kah? langsung tidak..
Reply
zool
Reply:
June 13th, 2012 at 21:13
tak tau le.. tu masing-masing punya pendapat..
saya tak merokok sebab tak sanggup belanja duit banyak tu. lebih sanggup guna duit tu makan nasi campur..
Reply
itu mesti rokok cap ayam.ada kawan aku dia punya rokok harga dia macam ni RM10 x 30hari
Reply
zool
Reply:
June 13th, 2012 at 21:01
ye la tu.. tapi ni kira purata. mungkin ada yang perokok kurang dari angka tu dan ada yang lebih…
Reply
Kaya-kaya belaka. Kalau harga barang lain naik sikit pun takpe kot.
Reply
zool
Reply:
June 13th, 2012 at 21:02
memang org kaya je yg mampu ..
saya tak berduit cam diorang
Reply
Ada orang utamakan rokok berbanding makanan
Memang pelik
Reply
standard perokok tegar. rm300 sebulan. 1 kotak sehari. kalau gila sikit..boleh cecah 500-600.. kalau rm180 tu..kira perokok yang belum cukup tegar lagi tu..
Reply