Perodua Axia bakal habuan peserta Merdeka MyBuddies Run

Bagi peminat acara larian, nampaknya ada satu acara yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Sebuah kereta Perodua Axia menjadi taruhan bagi peserta ‘Merdeka MyBuddies Run’ yang bakal diadakan di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang pada 20 Ogos ini.
Program larian bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia itu dianjurkan oleh MYNIC dengan kerjasama stesen radio IM4U FM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hassan, acara MyBuddies RUn ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 5km,10km dan 21km.
Acara ini terbuka kepada semua peringkat umur dan pemenanga berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta pelbagai hadiah lain yang menarik.

Acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Perodua Axia pasti menjadi tarikan untuk para peserta mencuba nasib selain beriadah dan bersaing dalam acara larian.
Menurut Hasnul, pelari juga dilindungi insurans selain pelbagai aktiviti lain juga diadakan pada program tersebut.

“Harap lebih ramai belia menyertai larian ini sekaligus meraikan hari kemerdekaan negara,” katanya pihaknya mensasarkan 8,000 penyertaan tahun ini selepas kejayaan penganjuran Larian Sehati Sejiwa 2015 dan MyBuddies Run selama dua tahun berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Azlan Rudy Malik berkata, peserta akan dikenakan yuran mengikut kategori ditetapkan.

“Larian ini lebih bermakna tahun ini kerana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60.
“Sebanyak 5,000 bendera akan diedarkan pada hari berkenaan untuk menanam semangat patriotism belia terhadap negara,” katanya.

Sehubungan itu, sebarang maklumat lanjut berhubung program larian boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.mybuddies.my.

Sumber :-SinarHarian

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply