Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru-baru ini saya telah menerima permohonan dari salah seorang pembaca setia (subscriber) seperti berikut :-
assalammualaikum……… blh x saudara zul bercerita tentang biz yang skang tgh top
Sebenarnya saya tidak mampu memberikan jawapan melalui persoalan beliau.. Pada saya biz (perniagaan) adalah satu kerja untuk mencari rezeki.. Jadi apa-apa jua biz yang dilakukan dan mampu menjana pendapatan untuk menyara hidup adalah baik..
Walaubagaimanapun saya akan cuba menjawab berdasarkan pembacaan dan pengamatan saya.. Mungkin kurang tepat tapi insyaallah boleh sedikit sebanyak jadikan rujukan.Berdasarkan soalan, saya merasakan bahawa beliau ingin menceburi bidang perniagaan yang top.. Berikut merupakan pendapat saya..
1. Perniagaan di internet.Kalau dilihat, transaksi di internet mula menjadi pilihan terutama golongan muda. Ini kerana medium internet merupakan kaedah yang mudah untuk membeli dan menjual barangan tanpa perlu bersesak di shopping kompleks.. Salah satu cara perniagaan online yang sering menjadi pilihan peniaga internet ialah di laman web ebay. Walaubagaimanapun ianya tidaklah semudah ‘A’,'B’,'C’. Perlu belajar camne strategi menjual di ebay.. Mungkin ebook ini boleh menjadi rujukan.
Selain dari berniaga melalui ebay, banyak lagi kaedah dan jenis perniagaan di internet. Nak cerita satu-satu memang tak cukup blog ni..
2. Bidang pertanian dan penternakan. Kalau dilihat sekarang ni ramai yang mula mendekati pertanian.. Samada bidang tanaman sayur-sayuran ataupun penternakan lembu, kambing , etc, ianya merupakan perniagaan yang berpotensi.. Dengan bantuan agensi kerajaan ia mampu membantu menjadi petani moden.. Tapi perlu komitmen dan kesungguhan.. Memandangkan pertanian dan penternakan merupakan bidang yang memerlukan penjagaan, risiko-risiko seperti kerugian besar pastinya ada.. Secara peribadi, saya mengalakkan untuk menceburi bidang ini melihatkan industri pertanian yang melibatkan makanan memang mempunyai pasaran yang tinggi.. Untuk maklumat mungkin boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian berhampiran..
3. MLM atau Multilevel Marketing. Secara jujurnya saya tidak mengemari dengan perniagaan ini.. Tapi ramai individu yang berjaya dengan konsep perniagaan begini.. Terpulanglah kepada anda..
4. Perniagaan makan-makan.. Tak kira samada restoran mahupun gerai di tepi jalan mampu memberi potensi . Dengan syarat, servis baik dan masakan mantop….
5. Mungkin ada yang terbaca mengenai artikel konsultansi keje masyuk. Sekarang banyak syarikat konsultansi yang wujud dinegara kita.. Walaubagaimanapun anda perlu mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang sebelum menjadi konsultansi..
Okay kalau di atas saya beri pendapat tentang perniagaan yang top kali ini saya nak bagi pendapat tentang perniagaan yang agak sukar dan tidak dicadangkan(pendapat saja, tak semesti betul)..
1. Perniagaan kedai runcit.. Mungkin ramai menggaru kepala kenapa saya tak galakkan perniagaan ini kan.. Ini kerana dengan tumbuhnya pasaraya besar mengakibatkan prospek pelanggan berkurangan.. Kewujudan hypermarket yang menawarkan harga lebih rendah menyukarkan untuk kedai runcit kecil bersaing.. Tapi itu bukan bermakna anda tidak boleh berjaya.
2. Perniagaan haram.. Huhuhuhuhu.. Ye lah namanya pun haram, walaupun mungkin mampu menjadikan anda jutawan tapi fikirkanlah tentang agama.. Bagi yang bukan beragama Islam, fikirkanlah kesan dari perniagaan anda kepada pelanggan..
Rasanya cukuplah setakat ini.. Dah terasa macam penganalisa perniagaan pula sedangkan saya hanya sekadar peniaga kecil yang belum memiliki syarikat pun..
Kepada yang bertanya harap sedikit sebanyak membantu.. Kalau inginkan lebih boleh bertanya pakar-pakar yang lain..
RSS Feed
Twitter



April 12th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


hm.. biz internet memang top sekarang.
kena pandai2 cari dan praktikkan. anda pasti berjaya. yeah.
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2009 at 21:59
Nanti aku belajo ngan ko..
tak bermula lagi ni
Reply
aku rasa nak join pertanian or penternakan
tapi x tahu nak start camner. hehe
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2009 at 22:01
Kalau nak buat kena betul2 bro..
.. tu yang agak susah bagi aku buat masa ni..
nak mula camne??
boleh dpt nasihat dari byk agensi kerajaan.. cam pertanian, perikanan, FAMA….
ko nak buat kat terentang ke?
Reply
biz?
jual mp3/video/movie/cd haram di sekolah
hehe.Memang sirius masyuuk bro!
Reply
Kalau diberikan pilihan aku mau pulang ke kampung buat projek tani atau ternak..but parent aku ckp carilah keje senang2 skit adik wei..huhuhu..takpe2..
Reply
Thank’s atas infonya…
Reply
klu baru nak join busines sila layari http://www.wanghebat.com pelbagai rahsia boleh kita dapat di link diatas..selamat mencuba..
Reply
info yang berguna untuk saya
Reply