Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

jpeg image hosting
Hari ini nampaknya bermula perlumbaan utama basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012. Bagi penggemar sukan lumba basikal pastinya mengetahui bahawa kejohanan bertaraf antarabangsa ini memberikan beberapa kejuaraan yang dikejar oleh pelumba iaitu jersi kuning (juara keseluruhan individu), gelaran Raja Pecut, Raja Bukit dan terbaik Asia. Bagi pelumba Malaysia, sandaran dan tumpuan akan diberikan kepada Anuar Manan untuk bersaing dalam gelaran Raja Pecut.
Dalam perlawanan pertama pada hari ini yang diadakan di Putrajaya bagi ujian masa pelumba dari kelab American Garmin Barracuda, Dave Zabriskie berjaya memenangi pusingan pertama diikuti Adam Phelan dari Drapac Cyling dan Darren Lapthorne juga dari Drapac Cycling. Bagi keseluruhan Asia dikuasai oleh Gruzdev,Dmitriy (Astana Pro Team / Kazakhstan), Dyachenko,Alexandr (Astana Pro Team / Kazakhstan) dan Khalili ,Behnam (Tabriz Petrochemical Team /Iran).
Pada hari ini tiada gelaran Raja Pecut dan Raja Bukit diberi memandangkan hanya ujian masa sahaja dijalankan tanpa persaingan zon pecut dan bukit.Bagi pelumba Malaysia, Anuar Manan paling terbaik di tempat ke 35 diikuti Adiq Othman di tempat ke 36. Perlumbaan masih baru dan mungkin terlalu awal untuk melihat prestasi pelumba kebangsaan.
Esok, perlumbaan akan berterusan dari Putrajaya ke Melaka melibatkan kayuhan sejauh 151 km. Semoga pelumba kebangsaan dapat menunjukkan prestasi terbaik pada pusingan seterusnya…
Berikut merupakan jalan yang akan dilalui pelumba sepanjang perlumbaan LTDL 2012

image hosting gif
Kredit : Laman Web LTDL
Sekian.
RSS Feed
Twitter



February 24th, 2012
zool
Posted in
Tags: 

