LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlukah pemain naturalisasi ?

 Isu pemain naturalisasi berbangkit dalam pasukan kebangsaan akibat ketumpulan barisan serangan Harimau Malaya terutama ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina tempohari. Ia berikutan kesediaan penjaring terbanyak Liga Malaysia, Paulo Rangel untuk menukar status kerakyatan untuk layak mewakili pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia.

paulo-rangel-01

Paulo Rangel yang sudah beraksi hampir 2 tahun di Malaysia telah menyatakan minatnya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya menerusi laman sosial miliknya. Reaksi positif diterima oleh kebanyakan peminat bolasepak tempatan apatah lagi dengan kemahuan untuk melihat pasukan Malaysia pergi jauh dalam kejohanan yang disertai.
Malahan pengedali sementara, Datuk Ong Kim Swee juga amat mengalu-alukan cadangan tersebut.

Namun ia bukan satu tugas yang mudah. Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, banyak prosedur yang perlu dilalui untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan. Kemungkinan paling cepat proses mengambil masa empat atau lima tahun. Bukan sahaja prosedur kerajaan Malaysia, FAM juga perlu memohon kepada FIFA dan Persatuan Bolasepak Brazil iaitu tempat kelahiran Paulo Rangel.

Walaupun menginginkan pasukan kebangsaan berada di tahap tertinggi namun secara peribadi saya kurang bersetuju dengan penglibatan pemain naturalisasi. Apatah lagi pemain itu hanya singgah seketika di Malaysia dan perlu diambil sebagai wakil negara. Ini menidakkan kemampuan pemain tempatan dan juga menunjukkan betapa lemahnya persatuan bolasepak kita mencungkil bakat untuk bersaing di persada dunia. Sepatutnya kita perlu mencari satu formula terbaik untuk mengenengahkan pemain tempatan dan bukan mengambil jalan pintas untuk berjaya. Pasti ada pemain-pemain kita yang berbakat dan mampu untuk mengalas tempat pemain sediada. Lagipun, sebelum ini banyak usaha seperti sekolah sukan, kejohanan bolasepak remaja yang dianjurkan. Mungkin disitu bakat yang sepatutnya boleh menjadi wakil skuad Harimau Malaya berbanding pemain sediada.

Mungkin pada masa kini kita tiada pemain bolasepak yang hebat terutama dari segi fizikal tetapi seandainya kita mempunyai keinginan pasti tidak mustahil kita mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan handalan dunia. Apapun itu hanya pendapat kecil dari seorang peminat bolasepak tempatan.

Seboleh-bolehnya janganlah kita mengikut cara jiran-jiran tetangga kita yang menggunakan pemain naturalisasi sebagai wakil dalam pasukan kebangsaan masing-masing.

Mungkin anda mempunyai pendapat lain yang boleh dikongsi bersama.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Perlukah pemain naturalisasi ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)