Perlukah pandai memasak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Photobucket

Tiba-tiba je terfikir untuk menulis mengenai perkara tersebut setelah membaca entri Mail mengenai ‘Financial Soul Mate’ .. Kalau dalam entri tersebut beliau berceritakan tentang pentingnya mencari pasangan yang memiliki kewangan yang stabil, saya pula nak berdiskusi tentang perkara tipikal yang sering menjadi topik penting dalam memilih pasangan..

 ” Perlukah pandai memasak”

Secara stereotaipnya soalan ini sering ditujukan kepada wanita-wanita semua tetapi rasa-rasanya memasak bukanlah satu perkara yang hanya layak untuk kaum hawa sahaja.. Seelok-eloknya kedua-dua belah pihak boleh memasak.. Ini penting terutamanya di masa kecemasan dan boleh mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

Memanglah dalam zaman yang sibuk dengan kerja ramai di antara kita mengabaikan skill memasak ( termasuk saya).. Dan ayat stereotype yang biasa didengari dari pasangan yang tidak pandai memasak adalah seperti berikut :-

1. ” Ala besok kita gajikan lah pembantu rumah.. Biar dia masak ” –> HUhuhu senangkan.. Tak payah susah-susah nak belajar tapi mana nak cari pembantu rumah yang boleh dipercayai sekarang..
2. ” Restoran kan banyak apa susah pegi je makan/tapau” huhuhuu.. Kalau sekali sekala makan kat luar takpelah juga kalau tiap-tiap hari alamat kopaklah duit.. Dahle sekarang barang-barang makan mahal..
3. ” Bawa mak tinggal ngan kita nanti boleh dia masak sekali” Pergh yang ini cukup kejam.. Walaupun anda seorang anak tunggal dan hanya mak sahaja yang tinggal tapi nak suruh dia jadi tukang masak amatlah tidak bertimbangrasa..

Pada pendapat saya, memasak amat penting dalam keluarga. .. Tak semestinya pandai cukup sekadar mampu memasak beberapa jenis makanan. Ini kalau masak ‘nasi goreng cincai’ pun tak reti susahlah.. Huhuhuhu..

Apa pandangan anda pula???

Website/blog berkaitan :-
[ Buat Mereka Yang Rajin Memasak atau Baru Nak Belajar Ke Dapur ] [ Blog Resepi ] [ Tempat Berkongsi Resipi ] [ Saiful Islam - Rahsia Memasak ] [ Soal Jawab Masakan ]

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2233
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

23 Responses to “Perlukah pandai memasak??”

  1. zaman skrg lelaki juga perlu pandai memasak. xboleh hrp pompuan sgt bro

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    aku rasa perlu pandai sikit2 masak neh. hehe

    Reply

  3. catzerNo Gravatar says:

    yup..betul tu kalau dapat girl mcm aku kebulur lah korang..takpun korang akan rasa mknn itali, perancis, etc sahaja..masakan melayu tidak aku ketahui..hahahah

    Reply

  4. adaliciousNo Gravatar says:

    kalau reti masak, kurang sikit duit kuar dri poket ni.
    pandai masak sikit2 tu kira ok la drpd x reti lgsung kan?

    Reply

  5. wan wmaNo Gravatar says:

    dulu aku sengaja pergi kerja kedai makan untuk belajar memasak..sekarang aku dah bleh masak..Alhamdulillah..

    Reply

  6. AbooainNo Gravatar says:

    Wah, tajuk best ni …… bagi pendapat saya sebaik-baiknya lelaki pun perlu pandai memasak gak. Tak rugi pun kalau pandai kerana ia merupakan satu kebolehan dan seni, di samping dapat membantu isteri bagi yang berkahwin, dapat juga membantu mak jika masih bujang malah mungkin dapat mencari sedikit rezeki dengan kebolehan memasak anda tersebut seperti menjual nasi dan sebagainya … hehehe :D

    Bagi yang dah kahwin, kebolehan memasak ni sebenarnya amat membantu anda dan pasangan anda terutama ketika kecemasan seperti isteri bekerja, sakit dan sebagainya.

    Jadi tak rugi pun kalau lelaki pandai memasak malah menguntungkan ……. eh, memasak ni pun satu seni jugak tau ….. jika kreatif anda dapat mencipta resepi baru, betul tak?

    Reply

  7. hudaNo Gravatar says:

    ermm tajuk yang agak menarik… pada pendapat aku la… tahu memasak tu penting..
    nak nak kalo dalam family yang besar… kalo setakat 2 orang jer rasanya lagi berbaloi kalo beli kat kedai… dengan syarat selera jgn lah besar sangat hari2.. yg tu mmg kopaklah duit…
    mcm aku nak kata terrer masak tak de la.. tapi boleh la masak… kan orang2 tua selalu pesan, kita kena pandai jaga perut suami…hehehe…
    lagi satu saat memasak ni boleh mengeratkan lagi hubungan kita dengan pasangan (kalo dia rajin menolong ler). Menjadi ke tak itu soal lain yang penting kita mencuba…

    Reply

  8. Mohd IsmailNo Gravatar says:

    bg aku, pandai masak ni mcm sesuatu yg wajib selain pandai urus duit.. =)

    *lagipun, masak kat umah sgt best apa..*

    Reply

  9. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    aku pun sependapat dengan rakan2 yg lain. Memasak adalah bukan suatu perkara yg diwajibkan kepada kaum wanita malahan kaum lelaki juga mesti tahu memasak… boleh diapplykan sewaktu isteri dalam pantang atau waktu isteri kurang sihat.

    Tapi seelok2nya carilah bakal isteri yg pandai memasak supaya dapat meemnangi hati mertua dia…

    semacam entri ini semakin dekat antara ** **** dengan Melaka … heheeee

    Dialter pada 15.9.08 11.41 pm
    p/s :- SOri bro Afzai ,terpaksa di alter atas sebab keselamatan… :)

    Reply

  10. megatNo Gravatar says:

    nasib baik memasak adalah hobi aku, dan alhamdulillah org umah aku pandai juga memasak.

    kadang-kadang berebut-rebut nak tunjuk skil masak huhu.

    tapi ingat satu perkara, “isteri perlu jaga suami melalui air tangannya”. insya allah bahagia.

    Reply

  11. syiaNo Gravatar says:

    nasik grg cincai tu cam mana??

    Reply

  12. suriNo Gravatar says:

    masak yer… emm dulu cuma tau buat ‘SANDWIC TELUR’je. Lain2 masakan sgt menyedihkan. Bila pregnant doktor ajar masak (1)singgang terengganu (2)ikan steam sbg makanan sumber protein yg sihat( no oil n kolestrol )So now, dah tau 3 jenis masakan. Suka bile HUBBY puji masakan sedap for my very 1st time cooking for him.. hehe

    Reply

  13. nikillasNo Gravatar says:

    heh.. kalau masak air pun xreti.. dah memang parah seh.. aku yg laki pun reti masak.. ahaks..

    Reply

  14. oktantNo Gravatar says:

    rasanya hal memasak ni semua perlu tahu.
    banyak kelebihannya.hehe…

    tak kiralah laki2 atau pun wanita.
    kalau tak terrer sgt pun takpe,
    lama2 nanti pandai jugak kan. :-)

    Reply

  15. titanNo Gravatar says:

    bagi seorang lelaki. Perlu.

    Reply

  16. zoolNo Gravatar says:

    syam aeropama –> betul.. betul .. betul.. tapi aku jenis malas. bukan tak boleh masak..
    Knizam –> mestilah bro.. bro mestilah pandai masak kalau tak, malulah blog Knizam.com yang penuh cerita makanan..
    catzer –> Fuh.. nasib baik ..
    adalicious –> betul tu…kena pandai ..
    wan wma –> tahniah.. masak apa pandai?? Capati???
    abooain –> tak rugi pun kalau lelaki pandai masak tapi jangan pasangan plak tak tau masak.. penat wooo..
    huda –> betul tu, huda… suka plak pesan orang2 tua tu.. ha ha ha… mesti sihat perut suami ko kan..
    mohdismail –> hm.. memang untung n jimat…
    Afzaiafandi —> ooo.. terima kasih atas tips tu…
    megat –> bagus2.. pandai masak boleh jadi chef…
    syia –> nasi grg cincai tu kiranya nasi goreng hentam je.. takde perencah apa2 pun.. setakat sambal n nasi.. ..d
    suri –> bagus ada peningkatan.. lepas ni kena belajar masak nasi dagang plak..
    oktant –> mesti tau.. paling penting masak nasi tu.. ramai yang fail masak nasi walaupun dengan rice cooker..
    titan –> lelaki dan perempuan perlu tahu.. tak tahu nanti asyik makan tauhu je..

    Reply

  17. acaiNo Gravatar says:

    slm zool,
    Aik, punyelah aku tulis ari tu pasal ni apesal takde,huhu..agaknye sbb error pas aku send komen tu..aku ni mmg conventional skit..aku suka kalau org pempuan tu reti memasak..tak kisahlah masa kahwin tu dia tak reti pape tapi yg penting usaha belajar..tapi tak bermakna yg lelaki tu lengkang kangkung je…kenalah bantu sesama..lelagilah kalau sama2 kerja..

    Kalaulah tak reti memasak langsung..takkan sampai tua makan kat luar setiap hari..anak2 membesar hasil makanan kat kedai makan je..mula2 kahwin mybe bleh tapi kalau sampai 4-5 org anak, tak bestlah plak camtu,huhu..

    *bro, thanks atas kad raya, aku dah dapat,hehe..

    Reply

  18. xmindfreakxNo Gravatar says:

    memasak perlu bagi laki atau wanita..aku reti masak..masakan yang aku suka makan,aku akab belajar cara memasaknya.

    Reply

  19. nasirNo Gravatar says:

    If you want all the things that water can offer – a trim healthy body, radiant skin, lots of energy and a long life – you need to drink water that is

    • Clean and pure

    • Full of energy

    • Infused with oxygen
    • Rich with nutrients
    • pH-balanced to match your body fluids

    • Molecularly structured in small hexagonal clusters

    Get the Promotion Now!!!!
    Normal Price :RM1150.00
    now
    RM635.00 only

    RM 10.00 Must added if by post delivery

    CALL US FOR MORE INFO

    mohd nasir 019-413 7762

    fiza 016-535 0031

    http://waterfilter-fullofnutrien

    Reply

  20. nasirNo Gravatar says:

    If you want all the things that water can offer – a trim healthy body, radiant skin, lots of energy and a long life – you need to drink water that is
    • Clean and pure
    • Full of energy
    • Infused with oxygen
    • Rich with nutrients
    • pH-balanced to match your body fluids
    • Molecularly structured in small hexagonal clusters

    Get the Promotion Now!!!!
    Normal Price :RM1150.00
    now
    RM635.00 only
    RM 10.00 Must added if by post delivery

    CALL US FOR MORE INFO
    mohd nasir 019-413 7762
    fiza 016-535 0031
    http://waterfilter-fullofnutrien.blogspot.com/

    Reply

  21. mrnamieNo Gravatar says:

    masakan isteri yang terbaek… hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he ehhe. tu yg nak cari isteri pandai masak tu

    Reply

Leave a Reply