Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum pasti samada ingin mendedahkan nama 18 pemain Piala Presiden yang terbabit dalam gejala rasuah kepada umum. Melalui mesyuarat EXCO FAM pada minggu lepas, badan induk bola sepak tanah air itu mengumumkan hukuman penggantungan selama 2-5 tahun membabitkan 18 pemain bagi setiap pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan, T-Team dan MP Muar yang didapati bersalah mengatur perlawanan. Sebelum ini FAM dijangka akan mendedahkan nama pemain terbabit selepas urusan dan peringatan dikeluarkan kepada persatuan negeri dan kelab ahli gabungan FAM.
Sumber :- HMetro
Sememangnya kes ini memberi impak yang besar terhadap industri bolasepak negara. Ketika bolasepak negara semakin bersinar di peringkat antarabangsa, kes rasuah masih menular di kalangan para pemain. Sebenarnya saya juga mendapat beberapa kisah kedai kopi tentang hal-hal rasuah ni. Tapi tak boleh nak cerita kat sini sebab ianya adalah gossip kedai kopi dan belum tahu kesahihannya. Tapi kalau benar gossip yang didengari mungkin untuk membanteras rasuah dikalangan pemain bola menjadi sesuatu yang hampir mustahil…
Okay, berbalik dengan tajuk ‘Perlukah nama pemain rasuah disebarkan?’. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan pendekatan ini. Mungkin mereka melakukan sesuatu kesalahan yang besar tapi untuk mengumumkan nama mereka pada umum adalah sesuatu yang berat. Pastinya masa depan mereka akan terjejas bukan hanya di padang bola tapi juga di luar sana. Yelah, kebanyakan masih muda dan tidak matang. Mungkin tindakan penggantungan yang dikenakan mencukupi berbanding untuk menyebar nama mereka. Cukup dengan nama mereka yang sudah pasti sukar untuk diterima oleh pasukan kelab bolasepak gabungan FAM, takkan kehidupan mereka pun hancur. Mereka mungkin perlu diberi peluang kedua memandangkan mereka masih muda. Lainlah kalau mereka pemain senior yang mewakili negeri atau negara. Yang itu patut dihukum seperti kesalahan jenayah kolar biru yang biasa..
Apapun ini cuma pandangan saya je. Mungkin anda ada pandangan tersendiri. Cubalah berkongsi bersama..
Sekian
p/s :- Dah ada yang sebarkan nama pemain-pemain tu.. Tapi adakah ianya dibenarkan??. FAM dah keluarkan senarai di media.. Nasib le kerjaya budak ni bukan di padang bola lah..
RSS Feed
Twitter



February 8th, 2012
zool
Posted in
Tags: 


rasanya tak perlu di sebarkan nama2 mereka
cukup dengan hukuman yang dikenakan
Reply
Nama pun pemain dan jrulatih yang terlibat sudah didedahkan kepada umum. Kalau tidak didedahkan pun akan diketahui oleh umum kelak kerana dengan internet mudah diketahui.
Reply
zool
Reply:
February 10th, 2012 at 00:01
ye la.. tapi kalau senyap tak tau kot sebab pemain2 tu bukan pemain Liga Super…
Reply