LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlu ke pemain naturalisasi ?

Isu pemain naturalisasi atau pemain import diberikan taraf kewarganegaraan sekaligus bermain untuk pasukan kebangsaan mula dibicarakan semula.
Apatah lagi barisan pemain campuran ketika aksi perlawanan pertunjukan menentang Totenham Hotspurs dan Liverpool memberikan keputusan positif. Barisan pasukan pemain kebangsaan dengan dibarisi beberapa pemain import berjaya memberikan tentangan sengit apabila tumpas tipis 1-2 kepada Spurs dan berjaya mengikat pasukan Liverpool dengan keputusan 1-1..

patrick ronaldinho
Pemain import mewakili Malaysia, patrick ronaldinho menjaringkan gol menentang Liverpool

Jurulatih negara, Dollah Salleh sekali lagi menyuarakan pandangan beliau bagi memperkukuhkan barisan Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa. Keputusan mengambil pemain import yang dimasukkan sebagai barisan kebangsaan sering dilakukan oleh pasukan-pasukan negara lain. Pasukan Singapura antara skuad kebangsaan yang sering menyenaraikan pemain naturalisasi ketika aksi perlawanan antarabangsa.
Malahan pasukan seperti Sepanyol juga mempunyai pemain kelahiran Brazil Diego Costa bagi memperkukuhkan skuad mereka. Malahan dalam sukan seperti Olahraya, bekas pelari jarak jauh negara, Yuan Yufang merupakan contoh penggunaan atlet naturalisasi yang diberikan peluang beraksi untuk negara.

Ada pro dan kontra jika penggunaan pemain naturalisasi dilaksanakan dalam skuad negara. Antaranya ialah :-

Pro pemain naturalisasi
1) Pemain naturalisasi mempunyai pengalaman dan skill yang lebih baik dari pemain tempatan. Kebanyakannya pernah beraksi di Liga yang lebih kompetitif berbanding Liga Malaysia. Pasti mereka dapat membantu meningkatkan prestasi bolasepak negara.
2) Kehebatan mereka akan membantu pemain tempatan untuk meningkatkan diri lagi.
3) Kekuatan fizikal pemain naturalisasi lebih baik berbanding pemain tempatan. Contoh seperti Vincent Bikana yang berkawal sebagai pemain pertahanan ketika menentang Liverpool dimana kekuatan fizikal mampu menghalang barisan serangan penyerang Liverpool.

Kontra pemain naturalisasi
1) Peluan pemain tempatan sedikit terganggu disebabkan oleh pemain import yang mempunyai kelebihan.
2) Identiti pasukan negara tercalara kerana tidak semuanya adalah warganegara Malaysia yang sejati.
3) Komitment pemain naturalisasi hanya sekadar untuk bermain sahaja dan bukan untuk negara.

Apapun, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan samada kaedah ini sesuai atau sebaliknya untuk dilaksanakan bagi skuad Harimau Malaya. Semoga ia mampu membantu menaikkan ranking bolasepak negara.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Perlu ke pemain naturalisasi ?

  1. Ada baik dan buruknya bila kita mengambil pemain luar untu mewakili negara… Semoga perkara ini dapat dibahaskan di Parlimen..

  2. bagi aku, dah sampai masanya.

    bila ranking malaysia dah bagus.

    kita dah leh hantaq pemain kita ke luar negara.

    la ni..nak hanta main kat luaq pun tak lepas disebabkan ranking fifa.

    so..gunakan pemain naturalisasi untuk naikkan ranking.

    yang lain tu..cite kemudian.

    toksah cite bab maruah atau malu.

    kita dah cukup malu dah sekarang nih.

  3. akademi! buat akademi yang betul betul support pemain dari akar umbi. ambil pemain seawal 12 tahun kalau boleh. lagi awal lagi baik. biar dia biasa dengan dunia bolasepak. kasi power mentaliti nak menang setiap kali main. mesti power punya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)