LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan separuh akhir Pahang menentang Johor Darul Takzim bakal berlangsung di Bukit Jalil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasti pembaca blog ini mengetahui tentang isu hangat yang berlaku pada hari semalam mengenai pertemuan separuh akhir kedua bolasepak Piala FA 2013 dimana pertarungan antara pasukan tuan rumah, Pahang menentang Johor Darul Takzim dibatalkan akibat insiden penonton melebihi kapasiti sekaligus menimbulkan rusuhan antara sesama penyokong. Secara positifnya mungkin ini petanda bahawa semakin ramai penyokong bolasepak tempatan yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bolasepak di negara kita. Namun pastinya yang negatif adalah tentang keadaan memalukan ini yang berlaku pada hari semalam. Stadium Darul Makmur, Kuantan yang hanya mampu menempatkan 40,000 penonton pada suatu masa diserbu oleh lebih 60,000. Isu ini menjadi perdebatan diantara penyokong bolasepak kedua-dua pasukan mahupun peminat bolasepak yang lain..

liga-fam

Pertarungan untuk menentukan pemenang bagi bertemu Kelantan di perlawanan akhir itu terpaksa ditunda pada ketentuan lain. Melalui mesyuarat mengejut di Wisma FAM pada petang tadi, keputusan telah dibuat bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Pahang telah didenda sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bolasepak Negeri Johor didenda RM20,000.00 akibat insiden semalam.

Mesyuarat tersebut juga memutuskan bahawa perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan berlangsung pada 1 Jun 2013 di Stadium Bukit Jalil jam 4.15 petang dengan harga RM15. Pemain yang mewakil skuad negara juga diberi pelepasan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA.
Sumber :- Foxsportsmy

Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan keputusan ini. Saya bukan penyokong kedua-dua belah pihak tapi saya merasakan ada ketidakadilan keputusan di situ kerana sebelum ini ada pasukan yang dikenakan tindakan bermain di gelanggang kosong pada Liga Malaysia kerana karenah penonton. Mungkin FAM memberi kelonggaran atas sebab perlawanan separuh akhir Piala yang menjadi rebutan kedua-dua belah pihak. Apapun hanya jawatankuasa FAM sendiri yang mengetahui sebab dan musababnya.
Selain itu, diharapkan isu ini membuka mata pihak pengurusan stadium agar memastikan keadaan ini tidak berulang kembali. Inilah yang akan berlaku apabila pengurusan tidak dapat mengawal penyokong akibat lebihan yang melampau.

Kucing Stadium Darul Makmur
Kucing Stadium Darul Makmur yang tiba-tiba menjadi popular

Sekian.

Please follow and like us:
error0

16 thoughts on “Perlawanan separuh akhir Pahang menentang Johor Darul Takzim bakal berlangsung di Bukit Jalil

    1. takde kena mengena dalam permainan malam tu.. tapi jadi sensasi sebab terlibat beberapa saat dalam kejadian malam tadi.. popular gila plak tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)