LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023: Hatrick Shahriel Fikri tumbangkan Timor Leste

Selepas kemenangan selesa 7-1 pada perlawanan playoff pertama pada Jumaat lalu, skuad bola sepak negara meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan kedua ini.
Meskipun tanpa pemain utama seperti Safawi Rasid, Corbin Ong serta Farizal Marlias namun skuad negara masih mampu menang besar ke atas pasukan Timor Leste.
Cuma pada perlawanan kali ini ada sedikit kelemahan di barisan tengah dimana skuad lawan hampir mendapat ruang dan peluang untuk menjaringkan gol.
Kemenangan 5-1 pada perlawanan kali ini menyaksikan pasukan negara melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan aggregate 12-2.

Shahrel Fikri menjadi pemusnah pasukan lawan dengan menjaringkan hatrick antarabangsa pertama beliau. Beliau yang dikenali dengan panggilan Eky menjaringkan gol pertama pada minit ke 11 selepas mendapat ruang berhadapan penjaga gol.
Hantaran AKhyar Rasid itu disudahkan dengan tolakan mudah yang berjaya menumpaskan penjaga gol lawan. Gol kedua terhasil melalui satu sepakan sudut yang ditanduk masuk oleh Eky pada minit ke 17.
Pemain naturalisasi, Sumareh menambah gol ketiga melalui rembatan kencang dalam kotak penalti hasil hantaran cantik Syazwan Andik pada minit ke 37.

Pemain sayap lincah, Akhyar Rasid menambah gol keempat Malaysia pada minit ke 55 hasil hantaran pendek dengan Norshahrul Idlan Talaha. Eky berpeluang untuk menyumbat hatrick lebih awal namun peluang melalui sepakan penalti tidak terhasil selepas bola ditampan kemas penjaga gol lawan.
Akhirnya peluang yang ditunggu tiba apabila pertahanan Timor Leste terleka dan pemain yang pernah bermain di Liga Thailand itu menghasilkan hatricknya pada minit ke 64.
Hasrat Ikhwat untuk memastikan pintu gol tidak dibocori gagal selepas Rufino Gama melakukan tandukan yang menumpaskan penjaga gol Malaysia itu.

Tahniah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe. Meskipun menang besar namun tidak boleh terleka lagi. Perlu banyak memperbaiki dari segi persefahaman antara barisan tengah negara yang sedikit goyah pada malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.