LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Persahabatan : Malaysia menentang Nepal

Sebentar tadi baharu sahaja tamat perlawanan bola sepak persahabatan antara skuad Malaysia menentang Nepal yang berkesudahan skuad negara menumpaskan pelawat dengan keputusan 2-0.
Dalam perlawanan ini, Tan Cheng Hoe banyak melakukan eksperimen dengan menurunkan banyak pemain muda terutama yang beraksi dalam skuad Bawah 23 tahun. Dalam perlawanan tersebut, skuad negara berjaya memperolehi gol melalui sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke 52 selepas Akhyar Rasid dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Nepal.
Meskipun barisan pemain Malaysia cuba mengasak namun gol hanya tiba melalui set piece sepakan percuma yang berjaya ditanduk masuk oleh Shahrul Saad pada minit ke 82.

Pada pendapat Ligakampung.com, prestasi para pemain masih di bawah tahap boleh dibanggakan. Meskipun menguasai hampir sebahagian besar perlawanan tapi kegagalan untuk menjaringkan gol masih menjadi isu besar. Mat Yo selaku penyerang tunggal amat tumpul berada di barisan hadapan. Apatah lagi supply dari para pemain tengah dan sayap agak kurang berkesan menyukarkan untuk mendapat ruang.
Kemasukan pemain seperti Akhyar, Faisal Halim, Azam Azih pada separuh kedua memberikan sedikit kepantasan di barisan serangan tetapi masih juga buntuk untuk menembusi benteng pertahanan Nepal.
Kami di Ligakampung.com berpendapat Syafiq Ahmad merupakan pemain terbaik pada malam ini apabila nampak beliau cuba untuk menguasai ruang samada dari bawah, tengah ataupun atas. Cuma sokongan barisan pemain lain yang membantutkan ruang untuk menambah jaringan.
Mungkin selepas ini Tan Cheng Hoe perlu memikirkan pemain yang cukup bersedia untuk beraksi pada perlawanan menentang Timor Leste pada Jumaat ini untuk aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Sekiranya prestasi sebegini dipamerkan, tidak mustahil kejutan akan dilakukan oleh pasukan lawan.
Masih ada beberapa hari lagi untuk mencari kelemahan terutama barisan serangan yang tumpul dalam matlamat untuk mencetak gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.