LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Malaysia tumpas di tangan Syria

 

Ketika peminat sukan tempatan ramai yang menumpukan kepada Sukan SEA terutama pada acara lari pecut 100 meter, satu perlawanan persahabatan berkelas A diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada hari ini.
Perlawanan persahabatan antarabangsa ini melibatkan pasukan negara menentang pasukan dari negara yang berperang iaitu Syria.Dalam perlawanan ini pasukan Syria hanya membawa 13 pemain sahaja.

Namun walaupun pasukan Malaysia beraksi di gelanggang sendiri dengan berkelebihan pemain namun mereka masih tidak mampu untuk menumbangkan pasukan lawan. Pasukan kebangsaan yang diharapkan untuk berubah dengan kemasukan jurulatih dari Portugal nampaknya masih ditakuk lama.
Pasukan negara tumpas dengan keputusan 1-2 kepada Syria. Pasukan pelawat mendapatkan gol pada minit ke 83 melalui Almarmour Mohamad pada minit ke 83 dan Mohamad Rafat Muhtadi pada minit ke 85 manakala Darren Lok menjaringkan gol saguhati Malaysia melalui sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Malaysia tumpas di tangan Syria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)