LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Malaysia, Korea Utara tangguh lagi

AKSI Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang ditangguhkan selepas Kementerian Luar melarang rakyat Malaysia ke Korea Utara.

Penundaan berkenaan berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara selain ancaman perang daripada Amerika Syarikat yang bersedia menyerang Republik itu pada bila-bila masa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan arahan tersebut berikutan situasi tidak menentu di negara berkenaan kesan daripada siri ujian peluru berpandu.

“AFC menerusi Datuk Windsor dalam surat balasannya yang dihantar kepada FAM sebentar tadi telah bersetuju untuk membuat keputusan bahawa perlawanan Korea Utara bertemu Malaysia tidak akan dimainkan di Pyongyang pada tarikh 5 Oktober itu.

“Lain-lain perkembangan berhubung status perlawanan berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh AFC,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelas Hamidin lagi, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Jurulatih Malaysia, Nelo Vingada untuk mengubah program kem latihan pusat yang sepatutnya bermula di Johor Bahru esok (30 September) ke tarikh baharu.

“Setelah berbincang dengan Vingada, adalah diputuskan kem latihan pusat hanya akan bermula pada Rabu, 4 Oktober di Wisma FAM, Kelana Jaya dan skuad Harimau Malaya akan terbang ke Hong Kong dari Kuala Lumpur pada 6 Oktober untuk menghadapi satu lagi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017,” katanya lagi.

Penanggguhan ini merupakan kali yang ketiga dibuat berikutan jadual asal perlawanan pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun lepas selepas ketegangan hubungan diplomatik ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan yang berlanjutan itu, aksi tersebut sekali lagi ditunda ke 5 Oktober ini, sebelum perlawanan menentang Hong Kong pada 10 Oktober.
SinarHarian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Perlawanan Malaysia, Korea Utara tangguh lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)