post

Perlawanan Malaysia – Barcelona berubah lokasi

Perlawanan bolasepak persahabatan antara skuad bolasepak Malaysia menentang Barcelona berubah lokasi. Perlawanan pertunjukan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal berpindah ke Stadium Shah Alam. Ini berikutan skuad Barcelona tidak mahu bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana keadaan padang yang teruk.

malaysia vs barcelona
picture sharing

Walaubagaimanapun kenyataan terbaharu dari FAM menyatakan bahawa perlawanan ini akan dipindahkan ke Stadium Shah Alam. ( Sports247

Pasti ia memberi tamparan yang besar kepada penganjur kerana mereka terpaksa menukar lokasi perlawanan dalam tempoh masa yang singkat. Bukan sahaja penganjur, peminat yang akan menonton di stadium juga pasti terasa kesan akibat dari pertukaran lokasi ini. Walaubagaimanapun mungkin ini keputusan terbaik memandangkan perlawanan ini amat dinantikan oleh peminat bolasepak negara(atau Barcelona). Pasti ramai yang ingin menyaksikan perlawanan yang berkualiti dengan keadaan padang yang terbaik.
Bagi pengurusan stadium Bukit Jalil diharap ia menjadi pengajaran supaya menitikberatkan kualiti padang. Janganlah asyik sibuk nak menganjurkan majlis-majlis yang boleh mengakibatkan kerosakan padang.

Sekian.

p/s : Siapa kat sini yang turun stadium tengok bolasepak Malaysia lawan Barcelona ni? Atau tengok tv je? Atau langsung tak peduli kot?

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Perlawanan Malaysia – Barcelona berubah lokasi

  1. tengok tv jugak..huhuhu…dah lama dah sembang nk tutup stadium bukit jalil tuh,, tapi tetap anjurkan game yang besar2…rehat2 la dulu stadium tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.