LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Kelayakan Malaysia vs Arab Saudi : Insiden Penyokong Lebih Mendapat Tempat

Perlawanan Kelayakan Malaysia menentang Arab Saudi nampaknya menjadi satu isu hangat di media semasa mahupun media sosial. Bukan disebabkan persaingan yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia yang dilatih oleh Ong Kim Swee namun kisah disebalik perlawanan tersebut.
Berbeza sekali corak permainan pasukan Harimau Malaya pada perlawanan malam tadi apabila memperagakan displin bertahan yang cukup tinggi berbanding sebelum ini. Walaupun dijangka akan dibelasah selepas kekalahan menentang Palestin digelanggang sendiri dengan keputusan 0-6, dan diaibkan di Abu Dhabi dengan keputusan 0-10, kali ini pasukan negara mempunyai strategi tersendiri.

Permainan bertahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan diaibkan oleh pasukan Arab Saudi yang setanding dengan pasukan UAE dan Palestin. Pasukan negara lebih banyak bertahan, malahan skuad Arab Saudi buntu pada separuh masa pertama apabila kurang sasaran yang menguji Khairul Fahmi selaku penjaga gol.
Pada separuh masa kedua, skuad negara mula mengorak langkah namun kekuatan pasukan Arab menyukarkan untuk menguasai perlawanan. Tatkala, pasukan Arab ghairah untuk mencari gol pembukaan secara tiba-tiba peluang yang dimulakan oleh Amri Yahyah disambar oleh ketua pasukan Safiq Rahim. Keputusan itu menggembirakan penyokong tempatan namun ia tidak bertahan lama. Selang beberapa minit kemudian kelalaian barisan pemain pertahanan membenarkan satu hantaran cantik serta gol oleh pasukan lawan.
Kurang dari 3 minit, gol kedua pasukan Arab Saudi hadir tatkala pasukan negara masih tercari-cari rentak. Ketika perlawanan telah hampir ke penghujungnya, penyokong melakukan sesuatu yang sukar diterima.

suar-stadium
Pasukan Bomba terpaksa memadam kebakaran

Pasukan penyokong yang kebanyakannya ‘ Ultras Malaya’ melakukan protes dengan melontar suar ke dalam stadium. Malahan terdapat juga mercun yang berterbangan disana sini. Perlawanan tersebut ditamatkan dan keputusan belum diketahui lagi. Namun ianya menjadi satu lagi topik yang hangat. Belum reda dengan kekalahan 0-10 sebagai rekod terburuk, isu penyokong mengganas ini mengamit satu lagi berita sensasi bolasepak negara.
Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan para penyokong di sana. Ia memberi kesan bukan sahaja pada yang ingin diprotes tapi membabitkan kerugian berganda. Stadium yang indah tersergam ini pasti memerlukan pembaikan yang bukan sedikit. Malahan para pemain yang sedang berjuang pasti kecewa dengan keadaan ini. Walaupun kemungkinan mereka akan tewas, sekurang-kurangnya defisit jaringan dikurangkan. Ia mungkin membantu untuk meningkatkan moral bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

saudi-arabia-vs-mas
Tetapi apabila keadaan ini berlaku, ada kemungkinan pasukan Malaysia boleh didenda dengan kekalahan percuma 0-3 kepada pasukan lawan. Malahan ada kemungkinan juga pasukan negara akan beraksi di gelanggang tanpa penonton pada perlawanan akan datang. Adakah ini yang diinginkan oleh para penonton ? Jika ya, maka mungkin mereka akan menyaksikan kembali zaman kejatuhan bolasepak negara.

Protes itu boleh, tapi bukanlah dengan cara ini. Kalau sebelum ini, pemain yang diperkotak-katikkan oleh media luar tapi dengan keadaan ini, para penyokong juga akan dikritik. Jika para penonton tidak mampu mendisplinkan diri maka janganlah mengharapkan para pemain itu berdisplin? Jawapannya, hanya anda boleh menjawabnya.

Video Kekecohan penyokong bolasepak dalam aksi Malaysia menentang Arab Saudi

Di atas kertas, peluang Malaysia untuk layak ke Piala Dunia 2018 sudah hampir terkubur namun pemain-pemain perlu bangkit dengan matlamat sendiri. Mungkin mereka perlu membuktikan dalam kejohanan akan datang samada secara terbuka mahupun jemputan. Kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka perlu merenung kembali kenapa ia berlaku? Bukan sahaja pemain, badan induk bolasepak ini juga gagal membentuk para penyokong menjadi lebih beretika dalam menyaksikan perlawanan bolasepak.
Semoga perkara ini dapat diperbetulkan dan tidak berlaku pada masa datang. Ini bukannya kali pertama isu penyokong menjadi bualan hangat. Sudah terlalu banyak sehingga menyaksikan penyokong lebih terkenal di peringkat antarabangsa berbanding pemain sendiri.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Perlawanan Kelayakan Malaysia vs Arab Saudi : Insiden Penyokong Lebih Mendapat Tempat

Leave a Reply to sabree hussin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)