Perlawanan Kedua Menentang Republik Korea : Keputusan masih sama

Selepas tumpas pada perlawanan pertama pada Jumaat lalu menentang Korea Utara (atau Republik Korea) pasukan kendalian Nelo vingada terdapat sedikit perubahan.
Kemasukan pemain baharu seperti Syafiq Ahmad, Ahmad Khairil Beto Anuar, Amirul Azhan dan Adam Nor Azlin diharap dapat mengubah keputusan lalu.
Namun impian untuk sekurang-kurangnya mengapai satu mata tidak terhasil. Barisan pemain baharu negara ini pada 10 minit pertama memberikan cabaran namun kegagalan dalam barisan pertahanan menghukum apabila seawal minit kelima belas skuad Korea memberikan gol pendahuluan melalui tandukan Kim Su Yong hasil sepakan sudut.

Sekali lagi Su Yong menjadi pemusnah melalui sepakan hasil sepakan sudut untuk menewaskan Hafizul Hakim pada minit ke-20.
Skuad Malaysia mula cuba untuk mengimbangi pasukan Korea namun sekali lagi barisan pertahanan melakukan kesilapan apabila Nazirul Naim terperangkap dari posisi yang menyaksikan Su Yong melengkapkan hatrick pada minit ke 45.

Pada separuh masa kedua Vingada melakukan perubahan pantas dengan meletakkan 5 pemain pertahanan dimana Kiko Insa digantikan dengan Fadhli Shas manakala Beto pula digantikan pemain berpengalaman Safiq Rahim.
Walaupun skuad Malaysia mula mengimbangi bahagian tengah namun Korea berjaya mencari ruang dan Ri Un CHol’s berjaya menjaringkan gol keempat.
Pemain gantian, Safawi Rasid sekali lagi menjaringkan gol selepas satu ‘serangan balas ‘ pantas pada minit ke 84 untuk menjadikan kedudukan 1-4.

Kekalahan ini pasti akan memberikan tekanan berganda kepada Vingada yang masih belum mampu mencatat sebarang kemenangan bagi skuad Malaysia semenjak mengambil alih tugas dari Ong Kim Swee. Jadi adakah Vingada boleh menyelamatkan pasukan negara?

Gol perlawanan antara Republik Korea menentang Malaysia

Secara peribadi, admin merasakan beliau perlu mencari pemain pertahanan yang kental dan mampu bersaing dengan pemain yang mempunyai fizikal yang tegap. Agak kurang pemain sebegitu di Malaysia. Walaubagaimanapun mungkin perubahan drastik perlu dilakukan dengan mengurangkan penyertaan pemain veteran dan sebaliknya memberi ruang kepada pemain muda menunjukkan potensi.
Selain itu, pemain dari Liga Premier atau Liga FAM juga boleh dipanggil berbanding menggunakan pemain Liga Super sahaja.

Itu sahaja buat masa kini. Anda ada komen?

Sumber : Sporting News

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Perlawanan Kedua Menentang Republik Korea : Keputusan masih sama

Leave a Reply