LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa : Malaysia dimalukan terikat dengan Mongolia

Impian skuad bola sepak Malaysia untuk menamatkan kemarau kemenangan perlawanan antarabangsa tidak kesampaian. Pada perlawanan persahabatan menentang Mongolia sebentar tadi, skuad negara yang bermain di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe hanya sekadar seri 2-2 dengan pasukan pelawat, Mongolia.
Keputusan ini agak mengecewakan bagi penyokong bola sepak negara apatah lagi skuad Mongolia dibarisi oleh pemain bertaraf semi-pro berbanding pasukan negara yang hadir selaku pemain professional. Bermain di gelanggang sendiri pasukan negara berjaya memulakan aksi dengan corak hantaran pendek. Percubaan pemain seperti Hazwan dan Mahali Jasuli sedikit mengecewakan pada separuh masa pertama.
Jaringan sendiri pemain lawan Turbat Daginaa pada minit ke 31 memberikan kelegaan kepada skuad Malaysia. Namun selang 10 minit kemudian, kesilapan pertahanan iaitu Fadhli Shas membenarkan pemain Mongolia, Enkhbileg Purevdorj berhadapan satu lawan satu dan mudah melakukan chip untuk menewaskan penjaga gol , Haziq pada minit ke 42.

Melihat kegagalan barisan serangan negara, Tan Cheng Hoe memasukkan penyerang muda negara, Akhyar Abd Rashid pada separuh masa kedua. Kemasukan pemain muda berusia 18 tahun ini menyaksikan serangan negara semakin baik. Pemain kelahiran Kedah ini menggunakan kepantasan dan keberanian untuk merobek gawang lawan. Larian pantas membuka ruang kepada pemain barisan serangan namun hanya pada minit ke 65 melalui gerakan solonya menghasilkan gol.
Mendahului pada minit ke 65, barisan negara masih tidak konsisten apabila sepakan percuma Mongolia menerjah jaring pada minit ke 71. Jaringan Gankhuyag Ser-od-yanjiv itu memastikan Mongolia mengikat kedudukan perlawanan. Tan Cheng Hoe cuba memasukkan pemain serangan seperti Wan Zack Haikal, Syafiq Ahmad serta Arif Farhan namun gol kemenangan tidak berjaya dihasilkam

Admin menyaksikan perlawanan tersebut di kaca tv dan pada pandangan admin.

1) Akhyar Rashid memang pemain yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Mungkin beliau patut beraksi di liga luar jika ingin mengembangkan bakat. Jika tidak, mungkin beliau hanya akan berada setakat level tempatan sahaja.
2) Pemain veteran bolehlah angkat kaki. Maaf cakap tapi sumbangan Safiq Rahim sudah cukup rasanya. Tidak banyak yang mampu beliau lakukan lagi. Mahali Jasuli juga agak goyah dalam aksi ini. Fadhli Shas juga banyak melakukan kesilapan selain dari gol pertama Mongolia.
3) Barisan pemain negara agak overconfident. Banyak memegang bola dalam keadaan tidak sepatutnya dan lambat membuat keputusan.
4) Persefahaman masih kurang. Cuma agak pelik sebab kalau ikutkan ramai pemain dari satu kelab. Sepatutnya persefahaman dah mantap .

Apapun mungkin barisan kejurulatihan lebih memahami dan perlu melakukan post mortem. Secara jujurnya, menentang Lubnan nanti admin tidak menjangkakan kejutan mampu dilakukan oleh barisan negara. Walaubagaimanapun diharap Tan Cheng Hoe mendapat ramuan terbaik sebelum perlawanan tersebut agar tidak dimalukan lagi.
Mungkin barisan pemain yang benar-benar menyerlah dalam Liga Malaysia atau liga luar diberi peluang berbanding pemain yang berada dalam kelab hebat tapi kurang beraksi.

Rating Pemain Admin Ligakampung

Penjaga Gol : Haziq Nadzli (4/10)
Pertahanan Kanan : Matthew Davies (5/10)
Pertahanan Tengah : Fadhli Shas (3/10)
Pertahanan Tengah : Adam Nor Azlin (4/10)
Pertahanan Kiri : Fazly Mazlan (3/10)
Tengah : Afiq Fazail (6/10)
Tengah : Natxo Insa (5/10)
Tengah : Safiq Rahim (5/10)
Sayap Kanan : Mahali Jasuli (4/10)
Sayap Kiri : Safawi Rasid (6/10)
Penyerang : Hazwan Bakri (5/10)

Gantian :
Penyerang : Akhyar Rasid : (8/10)
Tengah : Nazmi Faiz (4/10)
Sayap : Wan Zack Haikal (5/10)
Penyerang : Syafiq Ahmad (2/10)
Tengah : Ariff Farhan (2/10)

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa : Malaysia dimalukan terikat dengan Mongolia

  1. jos tapi tetap semangat biar latih tanding menang atau kalah sudah biasa tapi dengan semangat pasti kelihatan hasil nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)