Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Akhir Piala Malaysia Ditukar ke Stadium Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Bagi peminat bolasepak Piala Malaysia, perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 3 November 2013 ini akan diadakan di Stadium Shah Alam. Ia merupakan perubahan venue dari Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ).
Keputusan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini akibat arahan Kementerian Belia dan Sukan supaya menutup SNBJ serta merta bagi kerja-kerja baik pulih padang stadium berkenaan yang dijangka bermula selewat-lewatnya awal November ini.

Gambar-Stadium-Nasional-Bukit-Jalil
Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Wisma FAM, Kelana Jaya. FAM terpaksa memindahkan perlawanan akhir ke Stadium Shah Alam selepas mendapat penjelasan mengenai keadaan padang SNBJ dan kerja-kerja baik pulih daripada PSM.
Berikutan penutupan SNBJ, perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia menentang Bahrain dan Qatar pada 15 Okt dan 19 Nov ini dijangka diadakan di Stadium Shah Alam.

Walaubagaimanapun, kata putus mengenai pertukaran venue SNBJ bagi kedua-dua perlawanan itu hanya boleh diumumkan oleh Sekretariat FAM.

BERNAMA

Ini merupakan satu keputusan yang besar namun perlu dilakukan bagi memperbaiki kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Peminat bolasepak sedia maklum betapa teruknya stadium tersebut hingga mengakibatkan pertukaran di saat akhir perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Barcelona tempohari. Walaubagaimanapun mungkin ada isu lain seperti :-

i. Stadium Shah Alam merupakan stadium utama pasukan Selangor. Sekiranya perlawanan akhir melibatkan pasukan Selangor pasti ia memberi sedikit kelebihan kepada skuad Selangor. Tapi mungkin isu ini tidak besar dan diharap peminat dapat menerima sekiranya situasi ini berlaku.
ii. Stadium Shah Alam juga perlukan penjagaan yang rapi. Kalau terlalu banyak perlawanan diadakan di sana ia juga boleh memberi kesan pada kualiti stadium. Kalau kita ingat, suatu masa dulu Stadium Shah Alam juga mengalami masalah tentang kualiti padangnya. Perlu juga melihat kualiti Stadium Shah Alam untuk pertandingan akhir Piala Malaysia kali ini.

Itu mungkin isu yang boleh diambil perhatian oleh FAM, selain itu rasanya pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil juga perlu mencari idea bagi mengurangkan penggunaan stadium tersebut selain dari kegunaan sukan. Penggunaan konsert, majlis sambutan yang kerap merupakan punca utama kerosakan kualiti rumput Stadium Nasional Bukit Jalil. Diharap selepas rumput distadium diperbaiki, kegunaan stadium dapat dikurangkan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Perlawanan Akhir Piala Malaysia Ditukar ke Stadium Shah Alam

  1. elok sgtlah tuh….kalau tak, tak psal bertambah player yg injured…tgk bola melantun2 pun boleh buat peminat bola sakit hati…hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)