Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Kedah juara , Selangor kempunan

Perlawanan akhir Piala Malaysia merupakan perlawanan penamat bagi Liga Malaysia pada musim ini. Perlawanan ulangan akhir pada tahun lalu ini amat ditunggu-tunggu oleh penyokong pasukan Kedah dan Selangor.
Kedua-dua pasukan yang dilatih oleh jurulatih tempatan (K Gunalan-Selangor) dan (Tan Cheng Hoe-Kedah) mempunyai misi tersendiri.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 menyaksikan pasukan  Kedah berjaya menjulang piala kebanggaan pemain bola sepak liga tempatan.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor ini menampilkan aksi terbaik oleh kedua-dua pasukan. Pada separuh masa pertama pasukan Kedah menguasai perlawanan namun Selangor mempunyai peluang yang lebih baik.
Kedah berjaya menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke 52 melalui rembatan Rizal Ghazali yang terbias oleh S Venod seterusnya menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan. Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke 59 melalui wira Piala Malaysia tahun lalu, Ahmad Hazwan Bakri setelah permainan satu dua dengan Patrick Ronaldinho.

Gol Rizal Ghazali Kedah
Gol Rizal Ghazali Kedah
Jaringan Penyamaan Hazwan
Jaringan Penyamaan Hazwan

Perlawanan pada masa penuh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Separuh masa pertama masa tambahan tiada gol mampu dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Separuh masa kedua dalam masa tambahan juga buntu apabila kedua-dua pasukan masih tidak berjaya menamatkan perlawanan sehingga ia ditentukan dalam sepakan penalti.

Sepakan penalti menyaksikan pasukan Kedah berjaya memenangi perlawanan melalui sepakan penalti ‘sudden death’.

Jaringan Sepakan Penalti

Selangor vs Kedah 5-6

Ukah (SEL) – Gol

Smelz (KED) – X

Ronaldinho (SEL) – Gol

Bang (KED) -Gol

Azmi (SEL) – X

Farhan (KED) -Gol

Olivi (SEL)-Gol

Liridon(KED)- Gol

Veenod (SEL)- Gol

Badrol(KED) – Gol

Hafiz Kamal(SEL)- X

Amirul(KED)- X

Andik (SEL)- Gol

Halim(KED) – Gol

Rizal Fahmi(SEL) – X

Rizal Ghazali(KED) -Gol

 

Rizal Ghazali berjaya menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)