LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, tiada tiket dijual di kaunter

Perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang menentang Felda United pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan. Perlawanan akhir yang ditetapkan pada Sabtu ini akan berlangsung ke Stadium Shah Alam setelah lokasi asal, Stadium Nasional Bukit Jalil belum mencapai tahap sesuai untuk diadakan sebarang aktiviti.
FINAL-FA2014_1
Ia juga bagi mengelakkan tumbesaran rumput terganggu akibat pertandingan tersebut. Menurut Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman, faktor cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini telah merencatkan proses pertumbuhan rumput di stadium tersebut sekaligus tidak membenarkan kejohanan akhir Piala FA 2014 diadakan disitu.
Bagi memastikan rumput distadium itu mendapat pencahayaan yang mencukupi, PSM akan menggunakan kaedah ‘grow light’ iaitu memasang lampu LED di tempat-tempat tertentu bermula pada malam ini.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melaksanakan sepenuhnya penjualan tiket secara online bagi aksi akhir Piala FA pada malam ini. Tiket yang dikeluarkan untuk online hanya membabitkan 10,000 keping kerana 60,000 daripada 70,000 keping telah diserahkan kepada Pahang dan FELDA United. Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah tiada kaunter dibuka di Stadium Shah Alam dan peminat boleh membeli secara terus di laman web http://www.tickethotline.com.my dan boleh menebus tiket di Stadium Malawati, Shah Alam bermula esok.
Menurutnya juga harga tiket bagi perlawanan akhir ini kekal RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Sumber :
– Bharian
– Stadium ASTRO
Tickethotline

Satu inisiatif yang baik apabila menggunakan kaedah menjual tiket dalam talian ini. Diharap ianya dapat dilaksanakan dengan baik kerana jika ianya berjalan lancar pasti boleh dilaksanakan di peringkat negeri dan kelab. Sekaligus dapat mengelakkan masalah ketiadaan tiket dikaunter yang menjadi isu besar apabila perlawanan besar berlangsung.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, tiada tiket dijual di kaunter

  1. harap tak lagi keluar isu padal jualan tiket tak cukup atau apa…nak sokong yang mana ni.. Pahang kot yang menang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)