LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perlawanan akhir Piala FA 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Peminat bolasepak tempatan sedia maklum tentang keputusan perlawanan bolasepak Piala FA 2013 yang bakal menemukan pasukan pantai timur, Kelantan yang akan bertemu pasukan Selatan, Johor DT pada 29 Jun ini. Pada mulanya, ada desas desus mengatakan bahawa perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Shah Alam namun ianya disangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Menurutnya, perlawanan akhir Piala FA 2013 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menurutnya juga soal pengagihan tiket akan diberi sama rata untuk dijual oleh kedua-dua persatuan dan bakinya akan dijual di Stadium Nasional. Menurutnya juga, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke 20 Liga Super pada 26 Jun walaupun jaraknya hanya 4 hari menjelang perlawanan akhir Piala FA 2013. Ini kerana sukar untuk mengubah jadual memandangkan Liga SUper perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam akan berpuasa pada 10 Julai ini.

Sumber :- BHarian

Mungkin ada pro dan kontra bagi perlawanan akhir ini untuk dilangsungkan di Stadium Nasional. Dari segi kapasiti dan keselamatan mungkin stadium ini yang terbaik namun dari segi kualiti padang mungkin perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan stadium. Ini dapat diperhatikan ketika perlawanan separuh akhir antara Pahang menentang Johor DT beberapa hari yang lalu. Kita dapati terdapat banyak rumput yang rosak teruk dan tercabut. Ini sedikit sebanyak mencacatkan pergerakan para pemain dan juga mampu mengakibatkan kecederaan. Diharap pihak berkaitan dapat memperbaiki kualiti stadium sebelum perlawanan bermula agar para pemain dapat memberikan aksi terbaik sekaligus dapat menghiburkan peminat bolasepak tempatan.

Apa pula pendapat anda? Apakah sesuai perlawanan akhir Piala FA 2013 diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil?

Sekian

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Perlawanan akhir Piala FA 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)