Perlawanan Akhir Piala AFF 2018 : Malaysia seri di tempat sendiri

Baru sebentar perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 antara skuad Harimau Malaya menentang Vietnam selesai. Perhitungan 90 minit yang cukup sukar bagi skuad negara apabila terikat 2-2 di gelanggang sendiri.
Pasti bekalan ini tidak mencukupi untuk dibawa bertandang ke Vietnam pada Sabtu nanti. Walaubagaimanapun skuad bimbingan Tan Cheng Hoe masih berpeluang untuk melakar sejarah seandainya mampu melakukan kejutan di Hanoi.

Perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad negara ketinggalan 2-0 selepas Nguyen Huy Hung melakukan tolakan ke arah gawang gol selepas Nazirul Naim gagal melakukan clearance jauh. Bola yang singgah tepat kepada Nguyen itu mudah ditolak biarpun cuba dihalang oleh Irfan dan Shahrul Saad pada minit ke 22.
Ketika skuad negara belum bersedia, Vietnam berjaya menambah gol kedua melalui Pham Duc Huy yang melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke 25. Vietnam juga hampir menambah gol ketiga tetapi Farizal Marlias bijak menutup ruang satu lawan satu dengan pemain Vietnam.
Shahrul Saad merapatkan jurang selepas Syamer Kutty melakukan hantaran melalui sepakan percuma. Masuk ke separuh masa kedua skuad negara memperkemaskan aksi. Safawi Rasid mendapat sepakan percuma berhampiran kotak penalti yang disempurnakan pada minit ke 60.
Perlawanan menjadi semakin rancak namun tiada gol berjaya dihasilkan sehingga tamata masa penuh.

Dalam perlawanan di Hanoi nanti banyak perkara yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah :-

1) Pemain pertahanan negara nampaknya sedikit goyah pada perlawanan malam ini. Gandingan 4 pemain pertahanan kurang serasi dan mudah dibolosi oleh pasukan Vietnam yang cukup pantas terutama dalam gerakan counter attack.
Nasib baik Farizal beraksi baik dalam perlawanan satu lawan satu dengan penyerang Thailand yang mengagalkan usaha mereka mencari gol pembunuh. Sekurang-kuranya ada 3 peluang untuk pasukan Vietnam menambah gol.
Pertukaran Syafiq Ahmad yang bermain sebagai pertahanan kanan tidak menjadi. Beliau juga mendapat satu kad kuning yang agak sia-sia pada perlawanan ini. Walaubagaimanapun dari aspek serangan, Syafiq bermain baik sehingga hampir mendapat gol tetapi hilang posisi boleh mengakibatkan bahaya pada barisan pertahanan .

2) Barisan serangan agak kekurangan idea. Zaquan dan Norshahrul sering hilang fokus sehingga mengakibatkan mendapat kad. Malahan kegopohan barisan serangan menyebabkan barisan pertahanan negara diserang ‘counter attack’ awal yang menghasilkan gol Vietnam.

3) Barisan tengah agak longgar pada malam ini. Syamer Kutty beraksi baik tetapi kawalan di bahagian tengah sedikit goyah sehingga mengakibatkan Vietnam mendapat beberapa peluang yang bahaya.

Dalam perlawanan malam ini Vietnam lebih banyak menggunakan kepantasan pemain mereka untuk membolosi gawang lawan. Nazirul Naim nampak agak tidak dapat mengawal pertahanan dengan baik. Terdapat beberapa tackle beliau yang agak merbahaya.
Untuk perlawanan pada hari Sabtu nanti, mungkin jurulatih akan pening bila melihat kehilangan barisan pertahanan. Tetapi diharapkan Syahmi Safari boleh bermain dan mengharapkan Syazwan Andik mampu cergas kembali. Kedua-dua pemain ini lebih natural di posisi bek kanan dan kiri berbanding Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad.
Mungkin juga pertukaran serangan boleh dilakukan samada meletakkan Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad bergandingan berbanding meletakkan Sharul dan Zaquan yang telah berusia. Nampak pertarungan fizikal sukar didominasi oleh kedua-dua pemain veteran ini.

Apapun diharapkan skuad negara mampu melakar kejutan pada perlawanan akhir kedua di Hanoi. Perlu mengasak habis-habisan dan mendapatkan gol seberapa segera serta mengukuhkan barisan pertahanan lawan. Elakkan melakukan kesilapan dan memberi ruang kepada barisan pemain Vietnam yang cukup pantas bergerak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.