Perlawanan Akhir Pertama Piala Cabaran 2018 : UKM FC terikat dengan Terengganu II FC

Mungkin ramai yang tak berapa perasan mengenai Piala Cabaran (Challenge Cup) ni. Satu kejohanan yang diperkenalkan pada tahun ini bagi pasukan-pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia.
Persaingan antara pasukan-pasukan yang beraksi di dalam kejohanan ini juga sengit. Dalam perlawanan akhir pertama yang dilakukan secara timbal balik, pasukan UKM FC menentang pasukan Terengganu FC II. Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Shah Alam.
Walaupun kehadiran penyokong tidak seramai perlawanan Piala Malaysia namun aksi yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan tetap berkualiti.
Pada aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk mencari gol awal. Skuad Terengganu FC II berjaya mendapat gol melalui Sharien Sapian yang menyambut hantaran dengan satu lambungan menarik.
Satu serangan ‘counter attack’ yang dilakukan oleh pasukan UKM FC tidak disia-siakan oleh penyerang import Michael Ijezie yang menjaringkan gol pertama skuad UKM dan juga gol peribadinya ke 13 dalam kempen Piala Cabaran 2018.


UKM FC yang beraksi selaku pasukan underdog berjaya mendapatkan gol kedua selepas kelam kabut di dalam kotak penalti Terengganu II dan Sebastian Thuriere tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke 74.
Tidak smpai satu minit, TFC II berjaya menyeimbangkan kedudukan selepas Zuasyraf berjaya menyambung hantaran lintang rakannya.

Aksi serangan cuba ditampilkan namun jaringan kemenangan tidak terhasil sehingga akhir perlawanan. Kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

Perlawanan kedua akan diadakan di Kuala Terengganu pada 15 Oktober 2018 (Isnin).

 

Ligakampung.com mendapati ada beberapa pemain tempatan dalam skuad UKM FC dan TFC II ini yang mempunyai potensi baik untuk diketengahkan. Mungkin ada yang layak untuk dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi mewakili skuad kebangsaan ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives