Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Piala Tun Abdul Razak 2017 : Perak juara di gelanggang sendiri

Perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Piala Tun Abdul Razak bagi Divisyen Satu menemukan dua pasukan pilihan iaitu Perak menentang Terengganu. Kejohanan Hoki Edisi ke 55 yang menempatkan pasukan-pasukan dari negeri ini memang cukup bersejarah. Ia merupakan antara kejohanan hoki tertua di rantau Asia yang menyaksikan pertarungan melibatkan pemain-pemain tempatan sahaja.

Dalam perlawanan yang cukup sengit itu menyaksikan pasukan PerakĀ  berjaya menumpaskan pasukan TerengganuĀ  dengan keputusan tipis 3-2.

Perak juara Hoki TUn Razak Divisyen Satu

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak itu menyaksikan pasukan Perak mendahului melalui Muhammad Najib Abu Hassan pada minit ke 30 melalui jaringan padang hasil tolakan ke pintu gol.
Selang 5 minit kemudian, Terengganu melalui pakar sudut penalti Faizal Saari menyamakan kedudukan selepas 3 percubaan berturut-turut.

Memasuki separuh masa kedua sekali lagi pasukan Perak mendahului melalui pemain kebangsaan, Muhammad Haziq Samsul pada minit ke 53. Sekali lagi Faizal Saari menunjukkan kemampuannya apabila memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke 56 menjadikan kedudukan terikat 2-2.
Pasukan Perak berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke 59 selepas Hafifihafiz Hanafi menyempurnakan pukulan sudut penalti sekaligus menjulang trofi kejuaraan Divisyen Satu Piala Tun Abdul Razak. Tahniah kepada pasukan Perak yang berjaya memenangi perlawanan yang cukup sengit ini.

Bagi perlawanan Divisyen Dua pula menyaksikan pasukan Perlis muncul juara selepas menumpaskan Selangor sekaligus akan layak untuk berada di dalam kelompok elit di divisyen satu pada musim hadapan.

Pasukan Hoki Perlis yang telah layak ke Divisyen Satu musim depan

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply