Perlawanan Akhir Badminton Perodua Master 2018 : Hanya Beregu Lelaki Rangkul Naib Juara

Sebentar tadi telah tamat kejohanan Badminton Masters Malaysia 2018. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil ini menyaksikan hanya satu wakil negara yang mara ke akhir iaitu pasangan beregu yang telah menang pingat perak Olimpik 2016, Goh V Shem/Tan Wee Kiong.
Itupun pasangan negara itu kecundang pada perlawanan akhir kepada pasangan beregu muda Indonesia, Alfian Fajar(22 tahun)/ Ardianto Muhammad Rian (21 tahun) dengan keputusan 21-14, 22-24, 13-21 dalam tempoh masa 58 minit.
Ini bukanlah satu keputusan yang bagus bagi skuad Malaysia selaku tuan rumah. Walaupun terdapat para pemain negara yang melangkah ke separuh akhir namun ia bukanlah pencapaian yang boleh dibanggakan. Apatah lagi dalam kita masih mencari pemain-pemain untuk bersaing, muncul nama seperti Kenta Nishimoto yang melakar kejutan melangkah ke perlawan akhir dalam acara perseorangan lelaki.
Pihak BAM perlu membuat persiapan rapi untuk kejohanan akan datang kerana kita tidak boleh lagi mengharapkan Lee Chong Wei yang telah berusia 35 tahun. Sukar baginya untuk bersaing dengan pemain seperti Kenta Nishimoto dan Viktor Axelsen yang lebih muda darinya.
Begitu juga dengan acara beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong agak longlai pada set ketiga yang menyaksikan kudrat beregu Indonesia lebih menakjubkan.

Dalam kejohanan Master 2018 ini juga menyaksikan pemain Denmark mengondol dua kemenangan. Selain Viktor Axelsen yang bertarung hebat menentang Kenta Nishimoto, pasangan beregu wanita Christinna Pedersen/ Kamilla Rytter Juhl pula menumbangkan pasangan pilihan pertama Chen Qingchen/Jia Yifan.


Bagi acara perseorangan wanita pula, jagoan Thailand Ratchanok Intanon berjaya menumpaskan Tai Tzu Ying. Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying yang berjaya ke suku akhir perlu memantapkan aksi. Ini kerana kedua-dua pemain itu masih berumur 25 tahun ke bawah , Tai Tzu Ying (24 tahun) , Ratchanok Intanon (23 tahun).
Jadi mereka mempunyai kira-kira 5 tahun untuk menguasai arena badminton. Sekiranya pemain negara ini tidak memanfaatkan pengalaman ini pastinya sukar untuk mereka mencapai impian pingat di Olimpik mahupun di peringkat Asia.
Liew Darren yang tumpas kepada Viktor Axelsen pula membuktikan bahawa pemain luar dari BAM juga mampu bersaing jadi pemain-pemain luar BAM mungkin boleh cuba untuk membuktikan sesuatu. Tidak semestinya hanya pemain BAM sahaja yang mampu menyinar.
Apapun, diharap persediaan rapi perlu dilakukan untuk kejohanan akan datang terutama jika Malaysia menjadi tuan rumah.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply