Perkara yang tidak disukai di hotel / resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Rasanya anda semua pasti pernah lepak di hotel / resort / apartment dan yang sewaktu dengannya. Bukan semua tempat penginapan itu indah terutamanya bagi orang kampung cam si Zool. Ada je perkara yang tidak mencapai tahap kepuasaan. Walaupun mungkin tujuan tempat penginapan itu sementara dan harganya murah tapi sudah pasti kita inginkan keselesaan kan..

Untuk artikel kali ini saya berkongsi pendapat mengenai perkara yang kurang menyenangkan di hotel /resort …

1. Tak jumpa tanda arah kiblat.. Cuba tanya dengan ‘cleaner’, masalahnya sekali orang Nepal la plak.. Kalau nasib baik, ada bawa penanda arah kiblat selamatlah kan…
2. Tandas duduk. Biasalah orang Kampung dah biasa dengan tandas cangkung.. Tapi mana ada hotel buat tandas cangkung kan. Jadi kenalah biasa-biasakan..
3. Sekali ada function nyanyi-nyanyi kat blok.. Kuat pula ‘sound system’. Nak tidur pun tak lena kan..
4. Takde kedai di sekitarnya.. Ye la kadang-kadang bila waktu malam, perut pun lapar. Nak kena cari Jajan cam Mister Potato ke.. Sekali kedai terdekat 5-10 km.. Sapa nak jalan..
5. Kadang-kadang dapat pergi kursus ingatkan tempat penginapan tu siap semua.. Sekali sabun takde, tuala mandi takde.. Kenalah beli..
6. Takde ASTRO Sport.. Bagi kaki bola pasti pening kepala.. Kena plak hari Sabtu ada game pasukan kegemaran.. Mau mati kutu..

Rasanya setakat ini sahajalah. Mungkin anda semua ada idea lain nak ditambahkan.. Boleh kongsi di sini..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :574
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Perkara yang tidak disukai di hotel / resort”

  1. eldyNo Gravatar says:

    lawak betul point ke # 2.. hotel dlm tgh2 hutan pon modem skrang.. mana ada lagi toilet old-school tu .. hahaha ~

    bagi gua, xde wi-fi tu paling sakit ^^

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe.. org kampung biasalah…

    Reply

  2. beliamudaNo Gravatar says:

    hikhik.. lebih kurang la kite dengan point number 2 tu.. :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye lah org kampung cam kita biasalah kan.. lainlah eldy, org town

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    hikhik.. betul2.. :P

    Reply

  3. kenwooiNo Gravatar says:

    haha tak ada astro sports..
    but i think most hotels dont install astro.. =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    some of hotel have basic such as ASTRO sports..

    Reply

  4. faisalhanimNo Gravatar says:

    aku tak selesa sbb ada kitab kat meja hotel…tp bkn Quran.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak penah perasan plak

    Reply

  5. Joe_kart392No Gravatar says:

    Salam bro…tue lah sbbnya yg ada pun kitab kristian. Mmmg tak dinafikan, jadi kita kena buat sesuatu tuk menyatakan rasa tidak puas hati ini. Untuk makluman untuk kategori 3 star sampai 5 star mmg susah, buka je laci meja mmg ada kekadang aku masukkan je dlm bakul sampah. Complaint with administration still dont have any taken action. Emm………

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak pernah alaminya plak.. just ignore je la

    Reply

  6. peribadiNo Gravatar says:

    memang betul kalau arah kiblat susah nak cari… hmmmm macam mana nak sembahyang… call le counter tu…

    anyway kalau free mintak participate dalam survey…..

    http://peribadiz.blogspot.com/2009/12/jom-survey-nuffnang.html

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. kadang2 counter pun tak tau.. kena siap beli alat tunjuk kiblat

    Reply

  7. loqNo Gravatar says:

    ade jugak hotels/resorts yang dekat2 dengan gerai.hehe
    kene pilih jugak tempat pengipanan yg strategic.baru la puasss

    Reply

Leave a Reply