Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telahpun diterima. Sudah pasti ramai adik-adik yang gembira dan tidak kurang juga yang berasa sedih dengan keputusan. Ini merupakan lumrah dalam peperiksaan. Kadangkala berjaya dan tidak kurang yang gagal. Walau apa jua keputusan, perjalanan masih jauh untuk ditempuh. Keputusan ini bukan noktah dalam hidup kerana ianya adalah antara titik awal dalam perjalanan hidup sebagai seorang khalifah di bumi ini..

Gambar hiasan.. Budak kecil ni tak pernah ambil SPM pun.. Tapi sebab comel.. Tampalkan je..
Sebagai salah seorang bekas pelajar yang pernah melalui detik-detik seperti mereka ingin dikongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan setelah mendapat keputusan SPM seperti berikut :-
1. Tengok keputusan dengan hati yang tenang. Kalau dapat result baik bolehlah gembira ala-ala Kumpulan Kecik menang Raja Lawak 4. Tapi kalau teruk janganlah sedih. Itu bukan penamat dalam hidup. Boleh cuba sekali lagi ataupun mencari jalan yang lain yang lebih baik.
2. Bersiap sedia untuk mencari tempat untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi samada di IPTA, IPTS, kolej atau di luar negara. Bergantung kepada kemampuan dari segi kewangan dan diri sendiri. Jangan terlalu mengejar prestij tanpa mengukur keupayaan diri.. Ketika ini telah boleh mendapatkan kursus-kursus yang sesuai. Seeloknya cari yang sesuai dengan bakat atau kebolehan tetapi sekiranya tiada boleh memilih berdasarkan prospek kerja. Untuk memilih kursus seeloknya berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman.
3. Bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kepada ibubapa, guru dan rakan-rakan semua. Ketahuilah bahawa apa jua keputusan adalah dengan kehendakNYa.. Jangan terlalu berbangga diri sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang. Sebaliknya berusaha kerana dihadapan cabaran berbeza bakal menjelma..
4. Bagi gadis-gadis yang keputusannya teramat teruk sebab malas dalam belajar rasanya perlulah meminta bapa untuk mencarikan seorang lelaki. Dari tersesat ke Lombok lebih baik menjadi suri rumah yang berdedikasi….
5. Jangan lupa untuk mengambil sijil SPM anda.. Saya tak pasti selepas berapa bulan ianya keluar tetapi dapatkan ia di sekolah anda. Ada beberapa kes pelajar tidak mengambil sijil mereka. Perlu diingatkan bahawa pihak sekolah tidak akan menyimpan sijil SPM anda dalam jangkawaktu lama. Ianya akan dilupuskan sekiranya tidak dituntut.
6. Jangan terlalu enjoy. Perlu bersedia dengan kehidupan baru yang bakal mematangkan hidup anda. Dalam fasa hidup akan datang, akan berlaku perubahan kerana anda mula akan mengenal kawan mahupun lawan. Jadi anda perlu bersedia dari fizikal dan mental.
Cukuplah setakat ini. Mungkin ianya dapat membantu bukan setakat kepada mereka yang mengambil keputusan SPM tetapi ibubapa, adikberadik, saudaramara dan rakan-rakan.
p/s :- Dah beberapa entri melalut dan merapu, kali ni tulis yang ada nilainya pula.. Harap-harap adalah ye…
RSS Feed
Twitter



March 11th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


after SPM, time for college/uni! =D
Reply
zool
Reply:
March 11th, 2010 at 23:12
yup.. that’s the answer
Reply
mana-mana pelajar lelaki lepasan spm ni,dah kurang berminat untuk meneruskan pelajaran dan dah tak sabar nak berdikari,lasak dan sukakan cabaran….aku cadangkan korang ceburi bidang technical diving…antara bidang kerjaya yang kurang diceburi oleh anak tempatan.pendapatan?memang lumayan!
Reply