Perkara mustahil berlaku di majlis kahwin kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Nampaknya dalam bulan ni ramai pasangan yang berebut-rebut mengadakan majlis walimatulurus. Ada sesetengah tempat tu, 2-3 kerja kahwin di kampung yang sama. Biasalah waktu cuti sekolah memang waktu yang sesuai untuk mengadakan majlis kahwin ni.

Hari ini tiba-tiba mendapat idea tentang topik di atas. Tak tau kenapa mungkin disebabkan oleh tension kena siapkan laporan ataupun tension tak dapat cuti hari Isnin-Selasa (cuti beku)..

Sebelum saya anda membaca diharap jangan ambil serius dengan apa yang ditulis sebab ini sekadar hiburan. Takut pula ada yang memberi komen negatif dan mengambil serius tentang perkara yang ditulis..

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh berlaku tapi mungkin pening kalau berlaku :-

1. Kebiasannya kalau majlis kahwin orang kampung menyediakan nasi minyak tetapi bagaimana rasanya kalau ditukar dengan spagheti? Nak lagi best spagheti tu dimasak ole chef Zool. Pasti pening kepala ‘otai-otai’ nak makan dan menyebutnya. Nak sebut nama si Zool pun terngeliat lidah lagikan nak sebut nama masakan Itali.. Kalau ada yang berani pasti lepas tu dipulaukan oleh orang kampung..
2. Makan dengan daun pisang, cawan pula guna tempurung kelapa. Memang jimat tapi rasanya ketua kampung pun menangis nak minum sirap.. :)
3. Biasa kalau kat rumah orang kawin ada telur rebus/ telur pindang. Tapi camne plak kalau gantikan dengan telur tak rebus. Nak lagi syok bagi telur kerengga, memang kena hamun gila-gila dengan Ketua Wanita kampung nanti..
4. Biasa hantaran barang hebat-hebat tapi apa reaksi agaknya kalau dibagi ‘ ikan keli’, ‘itik khaki’. Mesti haru mak andam.. Nak lagi syok bawak sekali ‘jentik-jentik’.. Huhu..
5. Kebiasaanya kalau bersanding pakaian baju melayu atau moden. Apakata kalau tukar dengan pakai cam nak pegi futsal. Dengan seluar pendek dan kasut futsal sekali. Memang sedara mara cabut lari malu..
6. Biasa kalau kampung-kampung mesti ada kumpulan kompang-kompang nyanyi lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Bunyi pu sedap.. Apakata tukar dengan lagu kompang yang hot masakini.. Lagu apa ? Lu pklah sendiri.. :)
7. Tengah nak lafaz nikah sekali pengantin boleh siap main facebook sambil menulis status. Ops.. perkara ni berlaku kat negara omputeh tapi kalau berlaku kat kampung alamat kena hempuklah ngan pak imam..

Okay rasanya cukup setakat ini. Sekali lagi saya nak menyatakan bahawa ini adalah sekadar lawak jenaka dan tak perlulah anda ambil serius ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1103
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

21 Responses to “Perkara mustahil berlaku di majlis kahwin kampung”

  1. YuSeNzENo Gravatar says:

    muahaha~~~ tingat lak aku kat mmbr aku yg baru je nikah atas kusi roda~~~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenapa ?? member ko eksiden ke??

    Reply

  2. 7. Tengah nak lafaz nikah sekali pengantin boleh siap main facebook sambil menulis status. Ops.. perkara ni berlaku kat negara omputeh tapi kalau berlaku kat kampung alamat kena hempuklah ngan pak imam..

    yg nie sye rs sgt co0l kot..
    ley trus upl0d pic mse nikah..
    hahahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau buat kat bandar mungkin rasa urban kot.. tapi kalau time nak nikah.. tak taule.

    Reply

  3. atiqahNo Gravatar says:

    sblm nikah siap main facebook..die bukan main facebook, die buka notes menghafal lafaz nikah..hahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe.. nanti kalau saya bawak buku nota tu kot

    Reply

  4. KujieNo Gravatar says:

    skrg ni kenduri kahwin pun susah nak dapat telur…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. sekarang bagi jajan/ gula2..
    time saya nanti nak bagi anak ikan keli .. blh tak kak jie??

    Reply

  5. farahaznilNo Gravatar says:

    hahhaa..mmg idea gila2…kenduri kawin paling kat malaysia klu benda mcm ni berlaku

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sesekali buat lawak

    Reply

  6. loqNo Gravatar says:

    ni entri lepas stress ek?haha.Idea semua gila2. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang tension, sepatut esok dah apply cuti tapi kena keje.

    Reply

  7. deennasourNo Gravatar says:

    bab facebook tu mmg best.
    haha.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang ada kat omputeh.. tapi jgnlah buat masa nikah kat kg

    Reply

  8. Bb HussainNo Gravatar says:

    tak silap saya masa saya kecik2 dulu kat kampung melaka, dia bagi telur tak rebus..tapi selepas orang2 kampung bagi duit la..siap tulis nama lagi..hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo ye ker.. tak tau plak..
    tapi still ganjil kot kalau buat..

    Reply

  9. tunepalNo Gravatar says:

    hehe..dah penat gi kenduri-kendara 2 hari lepas. penat gila..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe sesekali penat

    Reply

  10. YusriZakariaNo Gravatar says:

    yg sodihnye ade kenduri yang tak dak bunyi … kompang pun tak dak , musik pun tak dak…harap bunyi pinggan berlaga saja…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala ko buat je pasukan kompang. lepas tu nyanyi lagu ‘poton’

    Reply

  11. AzizulNo Gravatar says:

    sengal jgk brain ko nie. muahaha

    Reply

Leave a Reply