Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Perkara mustahil berlaku di majlis kahwin kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Nampaknya dalam bulan ni ramai pasangan yang berebut-rebut mengadakan majlis walimatulurus. Ada sesetengah tempat tu, 2-3 kerja kahwin di kampung yang sama. Biasalah waktu cuti sekolah memang waktu yang sesuai untuk mengadakan majlis kahwin ni.

Hari ini tiba-tiba mendapat idea tentang topik di atas. Tak tau kenapa mungkin disebabkan oleh tension kena siapkan laporan ataupun tension tak dapat cuti hari Isnin-Selasa (cuti beku)..

Sebelum saya anda membaca diharap jangan ambil serius dengan apa yang ditulis sebab ini sekadar hiburan. Takut pula ada yang memberi komen negatif dan mengambil serius tentang perkara yang ditulis..

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh berlaku tapi mungkin pening kalau berlaku :-

1. Kebiasannya kalau majlis kahwin orang kampung menyediakan nasi minyak tetapi bagaimana rasanya kalau ditukar dengan spagheti? Nak lagi best spagheti tu dimasak ole chef Zool. Pasti pening kepala ‘otai-otai’ nak makan dan menyebutnya. Nak sebut nama si Zool pun terngeliat lidah lagikan nak sebut nama masakan Itali.. Kalau ada yang berani pasti lepas tu dipulaukan oleh orang kampung..
2. Makan dengan daun pisang, cawan pula guna tempurung kelapa. Memang jimat tapi rasanya ketua kampung pun menangis nak minum sirap.. :)
3. Biasa kalau kat rumah orang kawin ada telur rebus/ telur pindang. Tapi camne plak kalau gantikan dengan telur tak rebus. Nak lagi syok bagi telur kerengga, memang kena hamun gila-gila dengan Ketua Wanita kampung nanti..
4. Biasa hantaran barang hebat-hebat tapi apa reaksi agaknya kalau dibagi ‘ ikan keli’, ‘itik khaki’. Mesti haru mak andam.. Nak lagi syok bawak sekali ‘jentik-jentik’.. Huhu..
5. Kebiasaanya kalau bersanding pakaian baju melayu atau moden. Apakata kalau tukar dengan pakai cam nak pegi futsal. Dengan seluar pendek dan kasut futsal sekali. Memang sedara mara cabut lari malu..
6. Biasa kalau kampung-kampung mesti ada kumpulan kompang-kompang nyanyi lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Bunyi pu sedap.. Apakata tukar dengan lagu kompang yang hot masakini.. Lagu apa ? Lu pklah sendiri.. :)
7. Tengah nak lafaz nikah sekali pengantin boleh siap main facebook sambil menulis status. Ops.. perkara ni berlaku kat negara omputeh tapi kalau berlaku kat kampung alamat kena hempuklah ngan pak imam..

Okay rasanya cukup setakat ini. Sekali lagi saya nak menyatakan bahawa ini adalah sekadar lawak jenaka dan tak perlulah anda ambil serius ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 69
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

21 comments to Perkara mustahil berlaku di majlis kahwin kampung

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>