Pergi ke Karnival Jasin Bestari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lambat saya datang ke Karnival Jasin Bestari yang terletak kurang dari 5 km dari rumah. Karnival ini yang berlangsung pada 18- 20 Disember 2009 diadakan di Stadium Rim yang terletak berdekatan dengan bandar Jasin.
Disebabkan 2-3 hari ni memang hujan jadi memang tak berkesempatan. Jadi hari Ahad meluangkan masa pergi ke karnival tersebut yang ditaja oleh Celcom…

Photobucket
Bunting mengenai karnival tersebut yang memang banyak dipasang di sekitar Jasin.

Photobucket
Terpaksa parking jauh sebab dah tak de parking..

Berbalik semula ke karnival tersebut. Kedatangan saya dan BDFabregas tidaklah disambut dengan karpet merah.. Almaklumlah siapa la kita ni, tapi disambut dengan ejen Celcom. Memang ramai sungguh ejen berbaju biru berkeliaran di kawasan karnival tersebut, Disebabkan saya tiada laptop dan masih menggunakan Streamyx jadi tak layan sangat ejen tersebut. Yang menjadi mangsa ialah BDFabregas yang memang berminat untuk melihat sekiranya terdapat modem Celcom Broadband yang menepati harga. Walaupun ditahan oleh 2-3 ejen nampaknya beliau tidak berminat dengan tawaran yang diberi.. Jadi tak payahlah rasanya untuk mengulas lanjut tentang tu..

Di karnival tersebut antara yang menarik perhatian ialah mengenai pertandingan kereta iaitu dari segi hiasan dan modifikasinya. Memang menarik dan kreatif sungguh pemilik kereta yang memasukinya ( 2 kereta yang diambil gambar di paparkan di blog OhPemandu). Memang hebat dan mengkagumkan melihat kesungguhan mereka mencantikkan kereta mereka. Berbeza sungguh dengan MyVi SilverRayleight si Zool yang jarang-jarang berbasuh. :)

Seperti biasa di mana-mana pun sudah pasti ada gerai makan. Saya cuma membeli jambu batu di gerai. Ternampak salah satu gerai jenama Jambu 88 yang kini mula menjadi fenomena. Nampaknya jambu telah mula menjadi buah-buahan yang makin popular kini..

Sebelum terlupa, sepatutnya dalam pukul 5.00 Ali (bekas vokalis XPDC) akan datang untuk beramah mesra dengan para pengunjung. Terfikir juga nak menunggu tapi sebab rasa letih lepas layan wayang kat MBO Melaka Mall jadi kami pun pulang…
Letih dan malas nak ambil gambar. Mungkin kalau ada lagi karnival di Jasin saya akan mengambil gambar yang menarik untuk dipaparkan.
Sekian..

p/s :- Hari ni saja je tulis pasal diari hidup. Harap maaf kalau tiada yang menarik …

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2042
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Pergi ke Karnival Jasin Bestari”

  1. blogresipiNo Gravatar says:

    lama dah tak ke Jasin.dulu adik belajar di mrsm situ. mak sedara pula duduk di durian tunggal.

    Reply

  2. farahaznilNo Gravatar says:

    hahhaa..kadang2 tulis psl diari kehidupan pun best apa..kdng2 juga pembaca suka post yg lebih santai gitu..

    Reply

  3. peribadizNo Gravatar says:

    singgah jap click sk2 dan x-pax.. bosan2 datang le sini

    Reply

  4. cikepalNo Gravatar says:

    memang berbaloi baloiiii :)

    klik tm anda :)

    Reply

  5. amanNo Gravatar says:

    huhu..tak pernah aku gi karnival mane-mane, selain yang ada wat kat U jer. Haha.

    BTW, Jambu88 memang dah jadi fenomena skrang nie. Huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala jalan2 le karnival kat rawang tu..
    takkan asik layan pc, gozmodo, techcrunh , etc je bro…

    Reply

  6. safarNo Gravatar says:

    Tulis pasal hal peribadi tak salah.
    karnival dibawa sekali oleh celcom.
    ada orang tanya nak pakai celcom berukband tak ?
    kalau aku buat tak tahu je.

    fenomena jambu ni dekat kawasan pun ada.
    masih belum rasa lagi.banyak pilihan.
    awek yang bergetah pun ada.alamak…heheee…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye.. karnival dibawa oleh Celcom..
    Kenapa buat tak tahu???

    Reply

Leave a Reply