Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bila tiba bulan Ramadhan, pastinya kita akan singgah ke Bazar Ramadhan kan? Berbeza dengan pasar Ramadhan, ianya dibuka di sebelah malam. Banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dari makanan, pakaian, keperluan rumah dan sebagainya. Pendek kata, memang ramai yang datang untuk mendapatkan keperluan bagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal mendatang. Bagi penduduk negeri Melaka, bazar Ramadhan Taman Cempaka pasti pernah didengari atau dikunjungi. Mereka yang rajin mengikuti blog ini pasti mengetahui bahawa si Zool pernah menjadi salah seorang peniaga di Bazar Ramadhan Taman Cempaka pada tahun lepas ( klik untuk membaca pengalaman si ZOol berniaga di Taman Cempaka ).
Sememangnya Bazar Ramadhan Taman Cempaka ini merupakan lokasi yang paling popular apabila Ramadhan menjelang. Bukan hanya penduduk Melaka yang datang, malahan terdapat pengunjung dari negeri berdekatan yang singgah untuk mendapatkan barang harian. Malahan ada juga pengunjung beragama lain yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan barangan yang boleh dibeli di sana.
Lokasi bazar ini amatlah mudah. Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, anda cuma perlu mencari lokasi Melaka Sentral ataupun Tesco Peringgit. Ia adalah bertentangan bagi kedua-dua lokasi ini. Ianya dibuka seawal 3.00 petang untuk pasar Ramadhan yang menjual juadah untuk berbuka dan bazar mengambil alih seawal 7.30 malam (selepas Maghrib).
Pada hari Sabtu yang lalu si Zool bersama adik beradik serta mak singgah untuk melihat suasana bazar Ramadhan Taman Cempaka ini. Nampaknya terdapat perbezaan susunan dan lokasi berbanding pada tahun lalu (ketika si Zool berniaga). Pada tahun ini, ianya menjadi lebih panjang dan lebih banyak gerai beroperasi. Selain itu susunatur pada tahun ini lebih baik berbanding dahulu. Walaupun saya tiba lebih kurang jam 11.00 lebih namun suasana telah mula sesak. Pengunjung memang ramai sehinggakan agak sukar untuk bergerak. Cuba juga mencari rakan-rakan seperniagaan dulu. Memang ada nampak beberapa para peniaga dulu yang meneruskan perniagaan di bazar Ramadhan itu.
Dalam kesempitan itu memang agak sukar sekali untuk mengenalpasti lokasi lama saya berniaga dulu. Ini kerana susunaturnya yang berbeza dan ditambah lagi dengan gerai makan yang telah berada di kawasan bazar itu. Memandangkan kunjungan kami dalam pertengahan bulan Ramadhan maka kebanyakan barang-barang masih dijual dengan harga yang mahal. Sebagai salah seorang bekas peniaga, memang itu yang dilakukan oleh para peniaga di bazar Ramadhan. Mereka akan menjual harga yang agak lebih pada awal-awal Ramadhan. Selepas keuntungan diperolehi barulah, harga murah akan diberi. Ini akan berlaku pada hujung-hujung Ramadhan dimana harga yang diberi adalah harga dibawah paras keuntungan. Malahan jika anda menunggu pada hari terakhir harganya pasti teramat murah. Tapi kalau nak beli baju pada hari terakhir tu tak berapa digalakkan. Nanti takde saiz pula..
Okay, cukuplah setakat ini. Kepada mereka yang berada di Melaka dan ingin mencari barang-barang untuk keperluan Hari Raya, singgahlah ke bazar Ramadhan Taman Cempaka. Mungkin ada barang yang anda cari terdapat di sana.
Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil menggunakan handphone kamera Sony Xperi X10

Pengunjung melintas dari Tesco untuk ke bazar Ramadhan Taman Cempaka

Tarikan terbaru. Ada bacaan zanji dan nasyid..
Tarikan lama. Bomoh di Taman Cempaka yang memang setiap kali bulan Ramadhan akan berniaga di sini. Apa yang diniagakan? Tengoklah sendiri.
Kualiti tak berapa bagus. Almaklumlah malam dan ambil gambar pun menyorok-nyorok sikit..
Sekian.




amboi…ramainya lepak tgk tok bomoh tu…huhu
Reply
zool
Reply:
August 6th, 2012 at 19:44
memang ramai pun.. dah lama tok bomoh tu ada kat situ.. antara daya tarikan tu
Reply
bomoh jual apa tu?..
Reply
zool
Reply:
August 6th, 2012 at 23:05
bomoh jual ubat. datang le kalau nak tau
Reply
[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Pergi ke Bazar Ramadhan Taman Cempaka | Blog Zool Ligakampung. [...]