LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Perenang Negara , Welson Sim tambah penyertaan di Sukan Olimpik

Perenang Negara, Welson Sim menambah penyertaannya ke Olimpik apabila melepasi had masa kelayakan ke Sukan Olimpik bagi kategori B dalam acara 1,500 meter gaya bebas.
Kejayaan ini dicatatkan di Kejohanan Terbuka Malaysia ke 59. Beliau yang ingin melepasi had merit 15:14:77s hanya berjaya mencatatkan masa 15:35.63 saat dimana beliay berjaya melepasi catatan masa kelayakan Kategori B.

Dalam kejohanan yang dilangsungkan di Pusat Akuatik Darul Ehsan itu, Welson berjaya mengumpul 3 pingat emas termasuk acara 1,500 meter yang dimenangi dengan menumpaskan perenang India , Sajan Prakash dan perenang Indonesia , Aflah Fadlan Prawira.
Acara lain yang dimenangi adalah 400m gaya bebas dan 200m gaya bebas.
welson_sim

Welson masih mempunyai peluang untuk memburu slot Olimpik dalam acara 100m gaya bebas dan 1500m gaya bebas dalam tiga kejohanan di Eropah selepas ini.
– Bernama
//Tahniah diucapkan kepada Welson. Semoga akan memberikan pengalaman terbaik kepada beliau di Sukan Olimpik nanti.

Ingin belajar berenang? Cuba lihat artikel Belajar Berenang ni

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)