Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya ingin sama-sama berbincang tentang pengurusan kewangan.. Saya bukanlah pakar kewangan sebaliknya sekadar berkongsi sedikit idea..
duit_banyak_giler

Okay saya rasa terdapat sesetengah dari kita yang akan menulis dan merancang perbelanjaan dengan di dalam buku.. Sudah pasti sebelum gaji bajet akan disediakan untuk memastikan barang-barang yang perlu dibeli mengikut keutamaan dalam buku tersebut.. Apa kata kalau kali ini kita sama-sama menulis apa keperluan perbelanjaan untuk jangka pendek dan jangka panjang anda.. Berikut merupakan senarai perbelanjaan jangka pendek dan panjang bagi diri saya untuk bulan Julai ( perbelanjaan tidak termasuk perbelanjaan hakiki seperti bil-bil, minyak dan sebagainya) :-

Perbelanjaan jangka pendek
1. Wang untuk hadiah kepada pemenang peraduan ligakampung.. Saya perlu menyimpan wang tersebut bagi mengelakkan pemenang berada tertipu.. Kepada anda semua cepatlah memberikan cadangan sebelum ianya ditutup pada 1 Julai 2008.
2. Beli kasut.. Huhuhuhu dah 2 bulan saya meminjam kasut abang saya yang dah hampir nazak.. Bukan setakat tu.. Tapak kasut pun dah ternganga.. Miskin betulkan si Zool ni..
3. Servis dan drive shaft.. Alamak yang ini mungkin agak tinggi kosnya dan perlu menyemak dulu kadar kewangan samada drive shaft tersebut mampu diganti bulan ini atau ditangguh ke bulan hadapan..
4. Grill rumah.. Nampaknya ada orang yang ingin menyewa ‘rumah’.. Mau tak mau terpaksa berfikir dimana nak cari duit untuk memasang grill di ‘rumah’.. Ini kerana tingkap dan pintu rumah adalah cermin dan boleh dipecah masuk… Mana nak carik duit ni..?? Nak harap adsense,nuffnang masih jauh lagi.. Huhuhuhu..
5. Kamera digital.. Rasanya saya memerlukan kamera yang murah-murah bagi keperluan blog dan juga teknik pemasaran… Ye lah ianya sebagai bukti bagi sesuatu projek saya..
6. Printer.. Mungkin ramai yang pelik kenapa saya tak memiliki printer.. Sebenarnya saya pun pelik gak.. Ha ha ha.. Printer penting bagi memudahkan saya untuk mempromosikan baja cacing nanti..

Perbelanjaan jangka panjang
1. Mesin pengisar untuk membuat media cacing.. Memang saya rasa dalam tempoh 3-4 bulan saya memerlukan mesin tersebut bagi memudahkan saya melakukan proses untuk penghasilan media.. Tambahan pula tahi kambing telah tersedia untuk dilaksanakan menjadi media cacing yang pastinya akan bertambah dalam tempoh tersebut..
2. Laptop.. Ianya diperlukan memandangkan saya akan menjadi semakin serius dalam bidang perniagaan internet.. Insyaallah produk-produk dan perkhidmatan akan cuba dipasarkan dalam internet.. Walaupun PC berumur 3 tahun ini masih gagah tetapi keperluan di luar memerlukan saya mengendong laptop…
3. Motosikal dan kereta…Eh mesti ada tertanya-tanya.. Takkan si Zool ni takde kenderaan kot.. Ye secara jujurnya saya tiada kenderaan hatta sebuah basikal pun.. Kereta Proton Iswara yang dibawa merupakan milik abang saya.. Masih nama beliau , tak tukar2 lagi dan rasanya saya perlu memiliki kenderaan sendiri memandangkan kereta tersebut pun agak lama.. Motosikal pula penting untuk ke tempat yang agak dekat.. Malahan nak pegi pejabat pun boleh pakai motosikal.. Orang pandang leweh pada saya?? Pedullikkan..
4. Tanah.. Ye saya memang memerlukan tanah. Mungkin untuk projek akan datang jika diizikan olehNYa.. Almaklumlah dalam kepala ni tergambar banyak projek-projek untuk diusahakan namun masalah tanah menjadi faktor utama yang perlu diselesaikan..
5. Pasangan hidup.. Jangan tersenyum ye… Yang ini memang merupakan perbelanjaan jangka panjang yang paling panjang( harapnya).. Selain dari modal kewangan, modal insan juga perlu diteliti dengan lebih bagi memastikan ianya menjadi pelaburan yang paling bernilai dalam hidup ini.. AMIN…

Okay rasanya cukuplah setakat ini senarai perbelanjaan jangka pendek dan panjang bagi diri Zool.. Mungkin ada pertambahan di waktu akan datang.. CUma melalui post ini saya dapat menjadikan rujukan untuk mengawal perbelanjaan dan seterusnya dapat menggunakan sumber-sumber ke arah yang betul… AMIN..

Bagaimana pula dengan anda?? Mesti ada perbelanjaan jangka pendek dan panjang yang anda tulis dalam buku, komputer dan apa2 pun.. Jomlah kongsi..

Tags: ,

12 Responses to “Perbelanjaan Jangka Pendek dan Panjang”

  1. nice post… but the money in the pics is a lot..yours?

    [Reply]

  2. no.3
    naik apa pun xpa..asalkan dpt ke tpt kerja pun memadai..

    no.5.

    hmmm..perlu utk jgka masa pjg tu…jgn lupa jemput yek…sahabt baik ni..

    [Reply]

  3. Mr. Rajawang –> not my money.. If that money is mine I will become richer man in my village..
    He he he
    sweet –> naik keta lembu.. Ok ker?? insyallah boleh dijemput.. tarikhnya,.. tak tau lagi

    [Reply]

  4. aku mmg ske btol la ngan ko ni zool. punya perancangan yang baik utk ms dpn kau sendiri. keep it up bro!

    [Reply]

  5. Berjimat Adalah Kunci Kepada Segala Masalah Kewangan..

    [Reply]

  6. huhu.. saffa tgh sibuk merangka pbelanjaan kat Uni skrg..
    baru dua minggu duduk.. dah beratus2 mlayang..

    [Reply]

  7. bo, kalau takde kete camne bleh drive shaft rosak,hehe..kalau kete punya drive shaft tu takbleh tangguh lama2 takut dia patah dan bahayakan ketika memandu..:)

    Insyaallah kalau kita beringat dan ada perancangan yg baik semuanya boleh dilakukan..akupun pergi kerja naik motor sesekali..tapi sekarang mmg kena lebih keraplah..member aku gaji RM6K naik motor kriss pergi kerja..apa ada hal,hehe..anak buah dia siap naik honda, vios bagai mengalahkan status dia..:)

    [Reply]

  8. syam –> aku merancang sebab 10 tahun yang lepas aku tak rancang.. aku dah terasa kerugiannya bila memandang ramai kawan2 berjaya… rasanya aku masih belum terlambat untuk berjaya..
    qaiyum –> betul tu bro.. berjimat dan mencari duit.
    saffa –> sabar je lah.. biasalah tu.. tapi pastikan beli benda perlu je.. pedulikkan orang….
    acai –> keta abang aku tapi aku pakai.. sebab dia pakai keta baru VIOS.. tu le kena gi repair gak nie ( tak jadi nak tambah cacing bulan ni..)
    aku memang nak beli moto.. dapat EX5 cukuplah

    [Reply]

  9. No 5 tu ada potensi utk menjadi perbelanjaan yg paling banyak

    [Reply]

  10. Mesin pengisar untuk membuat media cacing..mak ai..ni nak wat apa bro??sian kat cacing tu..hahaha..

    p/s:biar bersusah2 dahulu..senang di hari kemudian..kalau tak disebabkan tekanan..pasir takkan jd berlian..huhhuu..tah betol ke tak peribahasa ni..hantam saja lah…

    [Reply]

  11. nanti kan kan kan..hahaha..kalau dah start wat contest tu..kasi la tau kat blog farah tau..hehehe..nak join gak nih..watla contest yg menarik..anyway..gud luck dgn cacing tu..hehehe..mana la tau kot2 pasni ada contest cacing lak..hahaha

    [Reply]

  12. nice post zool. insightful! :)

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>