Perbadanan Stadium Malaysia sasar lima tahun untuk KL Sports City

Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) yang ditugaskan menjadi agensi untuk mengendalikan KL SPorts City mensasarkan untuk menjadikan pusat sukan terbesar di Malaysia itu menjadi antara bertaraf dunia tanpa menggunakan peruntukan kerajaan.
Selepas berakhir Sukan SEA 2017, Azman berpuas hati dengan segala fasiliti dan infrastruktur di KL Sports City yang menyaksikan kelancaran temasya dwitahunan itu berlangsung.
KL-sport-city
Meskipun masih ada yang perlu diperbaiki selepas ini, dia menyasarkan KL Sports City akan menjadi venue terbaik bukan sahaja ketika kejohanan atau temasya berlangsung tetapi juga untuk kemudahan orang awam setiap masa.

Untuk itu, segala penambahbaikan selepas ini harus dilakukan dengan teliti untuk mencapai sasaran lima tahun berada pada tahap terbaik, khususnya daripada segi teknologi dan kemudahan infrasturuktur.

“Kami mahu menyempurnakan KLSC kerana terdapat bahagian yang masih belum disempurnakan. Kami meletakkan sasaran untuk menjadi venue bertaraf lima bintang tanpa peruntukan daripada kerajaan,” katanya.

PSM telah selesai menandatangani perjanjian kedua, kali ini bersama Edotco Malaysia yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi.

Perjanjian selama sembilan tahun itu melibatkan semua stadium dan venue sukan di KL Sports City.

“Edotco akan memastikan sistem telekomunikasi yang digunakan adalah yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini,” tambahnya.

Sumber :-Stadium ASTRO
Baguslah tu. Semoga KL Sports City tidak menjadi projek gajah putih dan mampu dimanfaatkan sebaiknya.

3 thoughts on “Perbadanan Stadium Malaysia sasar lima tahun untuk KL Sports City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives