LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peraturan sepakan penalti penentuan FIFA

Mungkin ramai yang sedang melayan EURO 2016 dan ada yang menonton sehingga ke penentuan sepakan penalti. Biasalah, kalau sepakan penalti ni, ada yang kata nasib dan sebagainya.
Tapi itu adalah penentu terakhir untuk mendapatkan salah satu pasukan yang akan menang. Jadi adakah anda benar-benar faham mengenai sepakan penalti tersebut? Untuk entri kali ini ligakampung.com ingin berkongsi maklumat mengenai sepakan penalti yang mengikut garis panduan FIFA.

1) Setiap tendangan akan diambil di garisan sepakan penalti dengan hanya penjaga gol lawan dibenarkan berada di kawasan gol.

2) Penjaga gol perlu kekal berada di garisan gol sehinggalah tendangan di ambil. Beliau boleh melompat, melambaikan tangan atau bergerak ke kiri dan kanan. Ia biasa dilakukan untuk menganggu konsentrasi pemain lawan.

Bukan mudah mengambil penalti, Lionel Messi pemain terbaik dunia juga terlepas untuk menjaringkan gol
Bukan mudah mengambil penalti, Lionel Messi pemain terbaik dunia juga terlepas untuk menjaringkan gol

3) Setiap pasukan harus memilih pemain yang layak untuk mengambil tendangan dan tidak perlu memaklumkan kepada pengadil.

4) Setiap pemain hanya boleh melakukan satu percubaan dan mereka tidak boleh mengambil tendangan buat kali kedua selepas tendangan dibuat.

5) Hanya pemain yang mengambil tendangan dan penjaga gol sahaja dibenarkan memegang bola.

6) Tendangan dikira selepas bola melepasi garisan gol sepenuhnya tanpa menyentuk mana-mana pihak kecuali penjaga gol, tiang gol ataupun palang sebelum memasuki gawang.

7) Setiap pasukan perlu mengambil lima tendangan penalti dan jika satu pasukan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan lawan selepas tamat lima tendangan, maka pasukan itu dikira pemenang.

8) Jika kedua-dua pasukan terikat selepas lima tendangan satu sepakan tambahan akan diberikan sehinggalah satu pasukan menjaringkan lebih gol.

9) Hanya pemain yang berada di atas permainan di hujung permainan dibenarkan mengambil sepakan penalti.

10) Pasukan boleh menukar penjaga gol yang cedera dengan penjaga gol gantian asalkan masih mempunyai kuota pemain simpanan.

Jurulatih Belanda pernah menggunakan penjaga gol Tim Krull hanya untuk sepakan penalti penentuan ketika perlawanan suku akhir menentang Costa Rica pada perlawanan Piala Dunia 2014
Jurulatih Belanda pernah menggunakan penjaga gol Tim Krull hanya untuk sepakan penalti penentuan ketika perlawanan suku akhir menentang Costa Rica pada perlawanan Piala Dunia 2014

11) Jika penjaga gol dibuang padang ketika sepakan penalti penentuan, pemain yang layak mengambil sepakan penalti sahaja boleh menjadi penjaga gol.

12) Tidak pemain gantian dibenarkan mengganti pemain yang cedera atau dibuang padang ketika sepakan penalti penentuan KECUALI penjaga gol. Itupun mengikut peraturan di poin 11.

13) Tiada pemain yang dibenarkan mengambil sepakan penalti buat kali kedua sehinggalah pemain yang layak menamatkan giliran mereka terlebih dahulu termasuk penjaga gol.

14) Jika pemain perlu mengambil sepakan penalti buat kali kedua apabila keputusan masih terikat selepas semua pemain menyempurnakan tendangan, pemain tidak perlu mengikut turutan seperti tendangan pertama.

| Perlawanan Kelab Divisyen 5 Czech mencatatkan penalti penentuan paling panjang |

Itu serba sedikit tentang sepakan penalti penentuan. Mungkin ia dapat membantu kita memahami peraturan asas dalam sepakan penalti penentuan ini. Sekiranya ada pertambahan lagi, boleh kongsi bersama.

Sumber :- BHarian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)