LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peralatan yang perlu ada untuk menghias rumah

Menghias rumah merupakan aktiviti yang memenatkan. Namun ianya berbaloi jika dilakukan dan melihat rumah menjadi bersih dan cantik.
Namun untuk mengemas dan menghias perlu ada peralatan bagi memudahkan kerja menghias rumah. Kadangkala kita menjadi tidak rajin untuk mengemas rumah disebabkan tidak cukup peralatan.

Berikut merupakan beberapa peralatan asas yang patut berada dalam rumah bagi memudahkan kerja-kerja dekorasi rumah :-

1) Penyapu
– Semestinya anda mesti mempunyai penyapu dirumah. Tanpa penyapu memang sukar untuk membuang kekotoran di lantai. Untuk membeli penyapu pun kena pilih mengikut kesesuaian. Jika ingin menyapu di kawasan luar yang penuh dengan rumput, eloklah menggunakan penyapu lidi.
Jika di dalam rumah pula, elok mendapatkan penyapu jerami. Tapi jika ingin menyapu di dalam tandas pula, perlulah mendapatkan penyapu berbentuk berus. Ia bagi memudahkan untuk mengeluarkan kekotoran yang tersangkut dan basah.

2) Mop

house-cleaning
– Mop diperlukan bagi menyerap kekotoran selepas kita membasuh dengan air. Ia penting untuk lantai simen atau marmar. Sekarang ni banyak jenis mop yang boleh dipilih. Pastikan mop tersebut mudah menyerap air. Untuk lebih efisien, dapatkan juga tempat mengeringkan mop.

3) Tong Sampah
– Memang ianya peralatan penting dalam mengemas rumah. Sebarang kekotoran mudah untuk diletakkan sebelum dihantar ke tong sebenar. Tong sampah tak perlu terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil. Nanti sukar pula untuk meletakkan barang-barang yang perlu dibuang.

4) Kain buruk
– Kain buruk digunakan untuk mengelap kekotoran. Tak perlulah nak beli tuala ‘Good Morning’ untuk mengelap kekotoran di meja. Cukup dengan baju atau tuala yang tidak dipakai. Pastikan ianya mampu menyerap air.

5) Kotak Peralatan (Toolbox)
– Kotak peralatan perlu ada bagi mengelakkan peralatan seperti paku, pengetuk tidak hilang. Selain itu pastikan juga peralatan seperti perekat berada dalam kotak peralatan ini.

6) Minuman
– Bila mengemas pastinya penat. Janganlah lupa pula sediakan air sebelum bekerja. Tak perlu air manis, cukup dengan air kosong bagi mengelakkan diri dari terhidrat.

7) Cangkul
– Untuk menghias luar rumah, cangkul perlu ada. Kalau ada mesin rumput lebih mudah untuk mengemaskan semak di luar rumah tu. Bagi rumah yang lamannya kecil, memang kena guna cangkul ataupun sabit kecil. Kalau pakai mesin takut nanti terkena kereta atau cermin rumah pula.

8) Pelocok

pelocok01
– Mungkin ramai yang tak tahu apa benda ni. Pelocok ni merupakan peralatan yang digunakan untuk menarik kekotoran di kawasan bertakung. Kebiasaannya digunakan di sinki bagi mengelakkan sinki tersumbat.

9) Pembersih Vacum
– Pembersih vacum atau vacum cleaner ini amat penting jika anda mempunyai permaidani di rumah. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menyedut habuk dan kotoran kecil di sofa anda.

Ini antara peralatan yang perlu ada ketika mengemas rumah. Mungkin ada beberapa peralatan lain yang perlu ada ketika mengemas rumah.
Untuk anda mencari idea mengemas rumah, dapatkan panduan Dekorasi Rumah di sini

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Peralatan yang perlu ada untuk menghias rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)