LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peralatan Sepaktakraw yang digunakan

Hari ni Jamal ditugaskan oleh boss besar supaya tulis artikel yang lain sikit dari kebiasaan. Bos minta tulis berkenaan sukan yang Jamal minat dan jadikan ia satu entri 500 patah perkataan.
Memang panjang juga nak tulis tapi atas arahan bos kenalah buat dengan dedikasi. Sebelum ni, Jamal merupakan seorang pemain bola sepak, walaupun tak pernah sampai ke peringkat negeri atau kebangsaan tapi biasa mewakili peringkat sekolah ataupun universiti.
Tapi disebabkan kecederaan teruk ketika satu perlawanan menyebabkan Jamal terpaksa berhenti dalam usia yang muda. Sekarang ni Jamal tidak terlibat dalam sukan kompetitif lagi. Cuma petang-petang bila habis kerja Jamal akan bermain sepak takraw dengan kawan-kawan di kampung.
Jadi, untuk artikel kali ini Jamal akan berkongsi tentang peralatan yang Jamal dan kawan-kawan gunakan dalam perlawanan sepak takraw.

Ukuran Gelanggang Takraw. Kredit :- TakrawSMKJ

Kalau bermain sepak takraw kenalah ada gelanggang khas untuk beraksi. Biasanya dekat kampung-kampung ada tersedia gelanggang khas sepak takraw tapi kalau takde korang cuba-cubalah mohon dengan Ketua Kampung ye. Minta peruntukan KBS ke atau sesiapa yang agak-agak bermurah hati.
Tak mahal kos membuat gelanggang takraw ni. Ukuran gelanggang takraw korang boleh tengok kat gambar bawah ni. Hanya keluasan 13.4 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Jadi tak delah luas sangat pun kalau nak buat kat kampung. Lepas tu beli simen dan pasir untuk permukaan. Cari 2 tiang di tengah-tengah untuk gantung net.
Ukuran ketinggian tiang pula kira-kira 1.55 meter dari lantai . Kalau untuk perempuan pula ketinggian 1.45 meter. Sekarang ni ada jual tiang portable jadi korang takyah nak buat lubang-lubang yang dalam kat gelanggang tu. Kalau ada modal sikit belikan juga tempat duduk untuk pengadil untuk beri markah. Pastikan tinggi tempat duduk kalau tak nanti dia tak nampak kalau bola outside.

Bila dah ada tiang kenalah ada net kan? Macam kampung Jamal, kami gunakan net jenama Marathon. Kalau korang malas nak cari kat kedai korang boleh beli online di Cobra Sports. Setakat ini kitorang berpuas hati dengan keadaan net dari jenama Marathon ni. Tak koyak walaupun dah dekat 2 tahun pakai dan selalu bola tersangkut akibat libasan padu Jamal.
Memang berkualiti lah jenama Marathon ni. Lagipun jenama ni merupakan antara penaja utama kejohanan Sukan Sepak Takraw. Kalau tak silap Sepak Takraw League (STL) Malaysia pun dapat tajaan Marathon juga.

Tak lengkap lah kalau gelanggang dah siap tapi takde bola takraw kan? Team kami memilih bola jenama ‘Gajah Emas’ yang cukup sebati dengan kami. Nama pun Gajah Emas, memanglah jenama tempatan. Pasti berdesup kalau korang buat spike atau lipas gulung. Setakat nak service gaya Syahir Rosdi memang kena pakai Gajah Emas la. Yang lain tu boleh tapi tak nampak kemelayuan tu.

Bila dah siap dengan peralatan takraw, pemain pun kena ada gaya juga kan? Biasa kalau nak main takraw ni kena pakai yang tapak dia baik sikit. Zaman muda-muda tak de duit dulu Jamal pakai je kasut Sekolah Bata atau Warrior tapi sekarang dah ada duit sendiri Jamal pakai kasut yang sesuai sikit.
Bagi orang biasa mungkin tak berapa kenal tapi pemain takraw mungkin kenal jenama Nanyang ni. Bukan senang nak dapat kat Malaysia ni. Jamal sendiri pun beli online. Korang nak beli cuba klik link kat bawah ni. Untung-untung dapat ke.

Nanyang 205S Thai Classical Sneakers Shoes for Sepak Takraw and Futsal NEW size 45

 

Kasut Nanyang ni memang sesuai untuk guna main takraw sebab selesa dan tahan lama walaupun selalu digunakan untuk main takraw. Jamal memang minat pakai Nanyang ni sebab senang nak lakukan lipasan maut yang menjunam.

nanyang shoe
Antara pasukan yang menggunakan kasut Nanyang, Jepun dan semestinya Thailand

Dari segi pakaian pula Jamal tak cerewet sebab boleh je dapatkan pakaian biasa. Tapi lagi best kalau baju Micro Fibre yang boleh serap peluh. Macam Jamal suka pakai baju jenama Brooks. Seluar pula Jamal gunakan yang beli kat pasar malam je. Bagi yang tak nak nampak aurat elok pakai seluar thight untuk keselamatan. Bila main takraw ni kita selalu melompat-lompat, kalau nasib tak baik seluar tu terkoyak ada cover sikit.
Kalau tak nanti ada yang terbang pula susah nanti.

Dah siap semua peralatan, kena ada pengadil juga. Kalau takde pengadil, nanti korang yang kira sendiri boleh silap. Carilah pengadil yang tau asas peraturan. Kalau main petang-petang tak payahlah nak ikut law sangat. Cukup mata dia terang dan tau kira. Jangan dia tersilap kira guna kiraan mata 15 pula.

Amacam artikel Jamal kali ini? Agak-agak bos puas hati tak dengan artikel ni? Semoga korang dapat manfaat dengan artikel kali ini. Nak lawan game takraw dengan Jamal ? Maaf le, bos tak bagi Jamal expose pula.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)