Penyusunan Ansuran Bulanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tajuk kat atas ntahapahapakan.. Entahlah sebenarnya saya pun tak tau tajuk apa sesuai dengan topik ni jadi hentam sajalah, Labu.. Bagi mereka yang mempunyai pembiayaan samada perumahan, kereta dan sebagainya mungkin bank anda sering melakukan semakan semula kadar biayaan pinjaman.. Baru-baru ini saya telah menerima surat dari Bank Muamalat. . Ni mestilah berkaitan dengan rumah saya ni.. Mula-mula ni saya ingatkan kena bayar apa-apa tadi.. Almaklumlah sebelum ni saya pernah diminta membayar insuran kebakaran, meradang juga ketika tu sebab tiba-tiba ditelefon.. Bukan sikit wang nak siapkan tu..

Buka je surat tajuk utama ” Semakan Semula Kadar Pembiayaan Asas dan Penyusuan Semula Ansura Bulanan”.. Oh ada perubahan pada kadar bayaran bulanan rupanya.. Semak punya semak nampaknya tiada banyak perbezaan dengan jangkaan.. Kadar pembayaran lebih kurang RM540. 00.. Jadi rasanya masih mampu untuk mengawal perbelanjaan..

Nampaknya saya perlu menyimpan surat tersebut baik-baik.. Almaklumlah ini tahun kedua dan saya mempunyai 29 tahun lagi untuk mengesahkan rumah tersebut menjadi hakmilik saya. Memang nampak lama tapi pejam celik dah 60 tahun si ZOol.. Masa tu ntah masih bernafas lagi tak tau le.. Harap-haraplah masih ada ruang di dunia ketika tu.

Jadi kepada mereka yang menerima surat notis ni simpanlah bagi memudahkan anda menyelesaikan hutang pinjaman perumahan ni.. Saya juga berazam untuk mendapat geran sebelum pencen… AMIN…

Sebelum lupa, bagaimana pula dengan anda?? Mungkin ada yang mendapat notis seperti ini dan apakah tindakan anda?? Mungkin boleh kongsi-kongsikan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :569
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Penyusunan Ansuran Bulanan”

  1. titanNo Gravatar says:

    ok lagi tu. bayar aje. hehe..

    Reply

  2. cencurutNo Gravatar says:

    Gua amik loan kerajaan… (guna bini punya loan)… 25 tahun…. tapi gua cadang nak cuba abiskan seawal 10 tahun jer… harap2 boleh dibayar guna duit internet… hahaha

    Reply

Leave a Reply