post

Penyokong Pahang bernazar telah sampai ke destinasi

Mungkin ramai yang telah membaca tentang penyokong Pahang yang berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi menunaikan nazarnya setelah skuad bolasepak Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.
Perjalanan sejauh 280 kilometer itu telah tamat pada hari ini setelah Abdul Majid Abdul Hamid yang lebih dikenali dengan nama Pak Majid telah tiba ke destinasi kira-kira jam 12 tengahari tadi. Bukan satu tugas yang mudah bagi kita untuk berjalan sejauh itu namun dengan tekad dan semangat juang seorang pengawal keselamatan berumur 57 tahun itu mampu merealisasikan impiannya.

Walaupun meneruskan perjalanan tanpa sebarang tajaan tapi liputan perjalanan beliau mendapat perhatian warga media sosial sehingga ramai yang memberikan sokongan samada secara moral mahupun bahan perjalanan. Malahan ada satu ketika beliau mengalami kecederaan di tumit namun masih mampu meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi yang dituju. Satu semangat yang patut dijadikan teladan kepada orang yang lebih muda dari pakcik tersebut.

1457500_669176909782797_732147319_n
Pak Majid tiba disambut oleh orang ramai di Stadium Shah Alam

Tapi dalam ada yang berbangga dengan pakcik tersebut ada juga yang mencaci dan menghina beliau. Ada yang mempertikaikan aktiviti pakcik tersebut sedangkan ianya dilakukan tanpa meminta sebarang pembalasan mahupun penghargaan. Beliau juga bukan mengharapkan sesuatu dari orang luar cuma beliau hanya ingin mencabar diri sendiri untuk merealisasikan satu kerja yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh orang lain (terutama orang yang mencerca beliau). Biasalah manusia, memang ada yang tak puas hati dengan apa yang dilakukan. Pada saya, apa yang dilakukan oleh beliau adalah sesuatu kebanggaan bagi diri beliau. Sekurang-kurangnya beliau dapat mengenang kembali kejayaan yang pernah dilakukan oleh beliau ketika zaman hidupnya. Semoga beliau tabah menghadapi kata-kata kejian dari orang yang tidak memahami matlamat sebenar perjalanan solo beliau. Bukan sekadar berjalan kosong, pasti banyak pengalaman yang beliau dapat dalam perjalanan seminggu ini.

1459272_669171946449960_744229494_n
Pak Majid sujud tanda syukur berjaya tiba ke destinasi

Kepada yang tidak bersetuju dengan aktiviti beliau, rasanya eloklah berdiam diri atau mendekati sendiri Pak Majid dan bukan menghinanya di laman sosial. Setiap orang ada perjuangan masing-masing dan ini adalah perjuangan Pak Majid.

Kredit Gambar dan Maklumat:- Facebook I Love Pahang

Sekian…

Please follow and like us:
error0

10 thoughts on “Penyokong Pahang bernazar telah sampai ke destinasi

  1. Tak perlulah sampai menghina, mencaci kalau tak suka atau tak setuju dgn apa yg pakcik ni buat.. Cukup lah sekadar pendam je perasaan tu.. Jangan buat dosa sesama manusia..

    Jauh pakcik ni berjalan.. Kalau akulah, memang tak laa.. Penat tuu.. Hehe

  2. Alhamdulillah, kuat betul semangatnya. Walaupun saya bukan peminat pasukan Pahang (saya penyokong Perak), namun atas semangat kesukanan saya tetap kagum dengan kegigihan beliau menyokong pasukan kesayang beliau sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.