Peminat setia pasukan bolasepak Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid telah melakukan sesuatu yang sukar dilakukan oleh orang kebanyakan. Beliau yang telah berumur 57 tahun telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam sejauh 280 kilometer sekiranya skuad Tok Gajah berjaya menjuarai kejohanan Piala Malaysia 2013.
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu memulakan perjalanan pada 6 November lalu dari Masjid Negeri, Kuantan, Pahang. Beliau menjangkakan akan tiba ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini dengan bekalan tunai RM60, satu bendera Jalur Gemilang, bendera Pahang, sehelai kain pelekat, 2 jersi Pahang dan 2 helai seluar sukan.
– SINARHARIAN
Satu semangat yang agak mengkagumkan dari peminat tegar pasukan Pahang. Pasti bukan mudah untuk melakukan kembara solo tersebut ditambah dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Memang kagum betul dengan semangat dan iltizam pakcik ni. Mungkin ia boleh menjadi inspirasi kepada orang muda di luar sana.
Sekian.
memang jauh tu
masa yang diambil juga lama
moga2 beliau berjaya
memang jauh tu
280km… Kalau berlari tak la jauh sangat. Nie kalau berjalan mmg jaug gler..
kalau berlari pun tak terlarat bro.. org marathon pun 20 km je. ni 280 km tu. jauh tu
dia tak sepatutnya jadi Pak Guard!
sepatutnya jadi apa?
hebat ni baru betul2 bayar nazarkan..sorang2 je berjalan kaki
Paki selipar tu memang mencabar, kalau pakai kasut lagi sesuai
sekarang dah kat genting sempah… moga berjaya pakcik.. tapi harap org ramai x yah bergambar sgt dgn pakcik, kesian dia bila la nak sampai kalu asyik bergambo je hehehe
tu le pasal.. lagi lambat nak sampai nanti