Penyakit mudah lupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Uploaded with ImageShack.us
Penyakit mudah lupa sering hinggap kepada manusia terutama yang berumur. Kadangkala tekanan yang dihadapi juga mampu menyebabkan masalah ini berlaku kepada kita.Sebenarnya si Zool mengalami masalah lupa yang boleh dikatakan agak kronik juga. Apa taknya, baru je beberapa minit letak barang dah boleh lupa mana letaknya. Itu belum lagi ‘username’, ‘password’ yang banyak.. Mungkin ini tanda-tanda nikmat ditarik sedikit sebanyak. Wallahualam..

Untuk entri kali ini saya berkongsi tips-tips elak penyakit lupa yang dikutip dari internet. Mungkin boleh kita manfaatkan bersama .

1. Blog MindaAku memberikan 10 tips elak penyakit lupa iaitu :-
- Ambil sarapan ( Memang si Zool tak tentu jadual ambil sarapan. Kadangkala terus makan tengahari je. Mungkin perlu ambil sarapan seawal pagi )
- Jangan makan berlebihan ( Yang ini pun kena kawal. Maklumlah mak masak sedap.. Tu yang tak leh tu.. )
- Jangan Merokok ( tiada kaitan …. tapi kadang-kadang asap rokok kawan-kawan camne ek?? )
- Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan ( Ini pun masalah juga.. Perlu dikurangkan.. )
- Elakkan menghidu udara tercemar ( Susah juga ni sebab memang hidup di udara yang tercemar.. Tapi mungkin perlu pergi ke tempat yang nyaman .. Nak pergi Sagil rasanya, ada sesiapa nak pergi?? Boleh ikut.. )
- Elakkan tidur berlebihan ( Ini pun masalah yang perlu diperbaiki. Kuat gak tidur terutama pada waktu yang tak sesuai iaitu lepas balik pejabat.. )
- Elakkan Menutup muka ketika tidur ( tak boleh rupanya… )
- Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. ( Maksudnya perlu cuti le kan.. )
- Elakkan Kurang berimaginasi ( Selalu sangat berimaginasi ni… Takde masalah )
- Elakkan Jarang berfikir ( Selalu berfikir terutama bila nak tulis entri.. )
Memang bagus tips dari blog Mindaaku ni. Sekurang-kurangnya si Zool mengetahui kelemahan yang selalu berlaku..
2. Tips Mengatasi Penyakit Lupa dari AMYUnus . Mungkin sedikit sukar untuk memahami lenggok bahasa yang berbeza. Almaklumlah blog tersebut dari Indonesia, pastinya berbeza perkataannya tetapi tips yang diberikan universal dan sesuai digunakan oleh mana-mana manusia di muka bumi ini. Antaranya :-
- Menyusun jadual kegiatan ( Tak pernah buat. Ikut je perjalanan hidup seharian tanpa matlamat. Tak berapa bagus dan perlu diperbetulkan..)
- Pasang papan kenyataan dibilik dan perlu ditulis.. ( ada papan kenyataan tapi sekali je tulis.. Perlu memberi perhatian ni…)
- Makanan berprotein ..( Hm.. yang ini perlu ditengok kembali dalam rantaian makanan. selalu je makanan tak berkhasiat menjadi pilihan ..)

Rasanya cukup 2 blog yang dijadikan panduan. Si Zool pernah mendengar beberapa perkara lagi yang boleh menyebabkan lupa seperti :-
- Elakkan menonton atau melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dipandang seperti gambar-gambar kurang kain, bonggolan sana sini dan sebagainya..
- Elakkan minum sekiranya terdapat serangga/semut. Dengar khabarnya ia boleh menyebabkan menjadi pelupa. Ada tak bukti sains menyokong ni?
- Banyakkan mengingati Tuhan. Bagi yang beragama Islam, banyakkan solat dan beristighfar. Mungkin akan diberi petunjuk dariNya.

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin anda mempunyai idea lain yang mungkin boleh dikongsi bersama. Secara jujurnya si Zool juga mengalami masalah lupa yang agak kronik.Mungkin dengan bacaan dan pendapat anda mampu membantu beliau yang semakin kehilangan neuron-neuron dalam otaknya..

p/s :- Ketika menaip entri ini, si Zool sedang membuang masa mencari kunci almarinya..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2380
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Penyakit mudah lupa”

  1. amar haziqNo Gravatar says:

    makan anggur hitam = kismis
    kuat ingatan nnti

    Reply

  2. amar haziqNo Gravatar says:

    makan anggur hitam = kismis
    kuat ingatan nnti

    jenguk2 lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq untuk maklumat tu.. nanti cari..

    Reply

  3. aisyaNo Gravatar says:

    udara segar tue kt selangor.ade lagi ke?huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Tak tau le .. mungkin masih ada kot

    Reply

  4. pusherNo Gravatar says:

    apa barang sagil bos…ulu bendul ok gak…
    banyak pilhan…..AWEK daaaa…..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. blh je.. bila nak gi?

    Reply

  5. miss lollyNo Gravatar says:

    makan je semut tuh :P

    ekekeke.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah byk makan semut.. tu yg makin terlupa tu..
    miss lolly je tak leh lupa.. huhuhuh

    Reply

Leave a Reply