Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ketam adalah haiwan laut yang memang sedap dimakan. Makan ketam memang agak sukar kerana perlu mematahkan bahagian anggotanya yang keras tu tapi nikmatnya terasa bila dagingnya sampai ke lidah.. Baru je 3-4 hari lepas makan ketam masak lemak.
Sebelum ini saya pernah diberitahu oleh beberapa orang rakan tentang potensi penternakan ketam secara komersial. Penternakan yang dilakukan tanpa berada di lokasi habitat haiwan tersebut..Hari ni pula terbaca pasal penternakan ketam nipah secara komersial menggunakan kaedah penternakan tertutup. Jadi teruskan lah membaca
Melalui konsep memelihara mengikut kaedah penternakan tertutup yang dikawal selia dengan baik menerusi sistem perairan yang lebih sistematik, ia adalah penemuan terbaru dalam teknologi pembiakan ketam nipah ala Malaysia.
Mempraktikkan kaedah penternakan yang dinamakan Sistem Penternakan Ketam Bersepadu (ICS), baka-baka ketam nipah akan melalui proses pembiakan dengan cara yang lebih moden dan selamat.
“Mengikut konsep penternakan terbaru ini, air sisa ternakan akan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik dengan menggunakan teknologi terkini rekaan kami sendiri.
“Ketam-ketam ini dilayan bak ‘raja’. Dalam erti kata yang lain, makan minumnya terjaga, tempat tinggalnya selesa dan tidak mengalami sebarang gangguan daripada pemangsa sesama sendiri.
“Setiap anak ketam yang sudah mencapai berat 100 gram akan ditempatkan di satu ruangan khas dalam setiap petak PVC bagi memastikan pembiakannya lebih cepat dan kami pula dapat memantau proses pembesarannya dengan lebih baik dari sehari ke sehari,” kata Pengarah Urusan TBC, Datuk Norazman Adnan kepada Kosmo!.
Sumber:- Kosmo
Ada juga
Berdasarkan pembacaan, ketam nipah ni mempunyai prospek tapi rasanya untuk dijalankan secara sambilan mungkin sukar. Nampak banyak komitmen seperti penggantian air yang perlu dilakukan dengan teliti. Walaubagaimanapun kepada sesiapa yang ingin mencubanya, nasihat saya ialah belajar dulu tentang kaedah., pemasaran, modal dan sebagainya. Dapatkan nasihat dari pakar dan jangan hentam kromo. Nanti anda juga rugi..
p/s :- Mungkin lepas ni ramai yang ingin mempromosikan syarikat-syarikat masing-masing mengenai ketam nipah ini. Dimaklumkan bahawa blog ini sekadar berkongsi informasi dan tiada sebarang kaitan dengan sesiapa yang mempromosikan syarikat.
RSS Feed
Twitter



September 29th, 2009
zool 
Posted in
Tags: 


Ketam ni mahal wo. Ada gred lagi. Yang kecik pun sekilo harga dah RM20~RM25. Tapi daging dia memang best.
Reply
zool
Reply:
September 29th, 2009 at 21:35
mahal ek… kalau mahal kenalah belajo dulu..
cari pasaran.. ketam ni bukan leh jual kat pasar malam..
aku tak berani nak join.. bagi info je la
Reply
Dr House
Reply:
October 1st, 2009 at 11:46
Mmg mahal ketam ni. Isi dia lagi sedap dari ketam laut(bunga).
*Aku teringin beno nak makan king crab alaska tuh. Mana nak cari eh?
Reply
ketam dah lama tak makan.memang susah nak
patahkan dan baru boleh rasa isinya ke lidah.
sekejap tengah fikir ni nak ternak ikan
keli atau ketam nipah.
kena tanya ayah dahulu dan adik-beradik.
mana nak tahu mereka setuju.
Reply
zool
Reply:
October 1st, 2009 at 22:12
selain tanya keluarga, dapatkan juga pandangan dari jabatan perikanan. tgk prospek dan market.. jgn main ternak je..
nanti tak dpt jual makan sendiri je.. kalau 20 ekor blh gak makan sendiri kalau 2,000 ekor??
Reply
salam zool
adeeeiiii…menggugat tul gmbr ketam yg 1st tu…dh la feveret mr.crab…glup3…telan air liur je la…tgh pantang mkn yg gatal2 ni….huhu…slalu abh tgu kat pengkalan je…bli ketam fresh…sedap…wat masak kari or gulai…nyum3
Reply
zool
Reply:
October 1st, 2009 at 22:13
gatal jgn cuba2.. ketam ni byk protein.. bahaya utk org alah.
Reply
Saya suka ketam … enak sekali rasanya
Reply
mahal woo ketam zaman sekarang. lagi mahal bila dah jadi ketam black pepper. hehe
Reply
kat kg dulu..aku selalu tahan “bitol” untuk tangkap ketam ni. Lepas tu pi jual kat Restoran Cina
Reply
zool
Reply:
October 1st, 2009 at 22:16
bitol tu menatang per??
kena research ni
Reply
man
Reply:
March 7th, 2012 at 11:03
bitol tu kalau tempat aku di sabah panggil ‘bintor’ ..dibuat guna rangka rotan, sekarang ni diorang guna besi. macam bakul, simpan umpan, ketam masuk tak boleh keluar…
Reply
[...] here to read the rest: Penternakan Ketam Nipah Comments [...]
[...] the original post here: Penternakan Ketam Nipah Comments [...]
da masak cili api
bera[pa la kalori di
kekeke
Reply
[...] pernah makan ketam nipah, ketam nipah memang lagi sedap dari ketam biasa(ketam [...]
suka gak makan ketam ni tapi tak boleh selalu. sekali-sekali takpa. kolestrol tinggi…
Reply
zool
Reply:
October 2nd, 2009 at 19:43
betul2..
Reply
Kolestrol tinggi kolestrol lah…….. yg peting sodap
Reply
zool
Reply:
January 7th, 2010 at 17:21
sedap masak lomak
Reply
abg zool, sy memng da lme minat nk ternak ketam nipah ni.tp xtau cmne nk start.try gk kontek tok kursus tp byk da tutp.ade ape2 informasi x yg bole tolg sy ni?terutama tok kursus…
Reply
salam. tolong saya untuk dapatkan alatganti utk kondominium ketam nipah tu.. saya nak ganti pintunye yang dah rosak.. sapa2 tau mana nak dapat tolong ye. t/kasih
Reply
salam…erm nak tahu ketam makan ape..? yang berkhasiat la…
Reply
Ada sesiapa yg tahu cara menternak low kos…….wat mkn n jual skit2.
Reply
bukankah ketam nipah ni haram, sbb dya tggl di dua alam.. maksudnya, dya bleyh tggl lama di darat dan dlm air.. kalau ketam lain, boleh tggl skjp saja..
Reply
tak la. dr segi biologi ketam nipah tak leh hidup luar air. mereka hnya boleh bertahan 2 hari sahaja di luar air. ketika berada diluar air, insang mereka secara automatik tutup dan berada dlm keadaan lembap utk membolehkan mereka berada di luar air sementara. kalo nak g tgkp ketam nipah ni terutama gred yg mahal, kena g redah tengah bakau yg air paras pinggang tu. sbb dorg dah besar tak idup kat kwsn cetek dah.
Reply