Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ketam adalah haiwan laut yang memang sedap dimakan. Makan ketam memang agak sukar kerana perlu mematahkan bahagian anggotanya yang keras tu tapi nikmatnya terasa bila dagingnya sampai ke lidah.. Baru je 3-4 hari lepas makan ketam masak lemak.

Sebelum ini saya pernah diberitahu oleh beberapa orang rakan tentang potensi penternakan ketam secara komersial. Penternakan yang dilakukan tanpa berada di lokasi habitat haiwan tersebut..Hari ni pula terbaca pasal penternakan ketam nipah secara komersial menggunakan kaedah penternakan tertutup. Jadi teruskan lah membaca


Melalui konsep memelihara mengikut kaedah penternakan tertutup yang dikawal selia dengan baik menerusi sistem perairan yang lebih sistematik, ia adalah penemuan terbaru dalam teknologi pembiakan ketam nipah ala Malaysia.
Mempraktikkan kaedah penternakan yang dinamakan Sistem Penternakan Ketam Bersepadu (ICS), baka-baka ketam nipah akan melalui proses pembiakan dengan cara yang lebih moden dan selamat.
“Mengikut konsep penternakan terbaru ini, air sisa ternakan akan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik dengan menggunakan teknologi terkini rekaan kami sendiri.
“Ketam-ketam ini dilayan bak ‘raja’. Dalam erti kata yang lain, makan minumnya terjaga, tempat tinggalnya selesa dan tidak mengalami sebarang gangguan daripada pemangsa sesama sendiri.
“Setiap anak ketam yang sudah mencapai berat 100 gram akan ditempatkan di satu ruangan khas dalam setiap petak PVC bagi memastikan pembiakannya lebih cepat dan kami pula dapat memantau proses pembesarannya dengan lebih baik dari sehari ke sehari,” kata Pengarah Urusan TBC, Datuk Norazman Adnan kepada Kosmo!.

Sumber:- Kosmo

Ada juga

Berdasarkan pembacaan, ketam nipah ni mempunyai prospek tapi rasanya untuk dijalankan secara sambilan mungkin sukar. Nampak banyak komitmen seperti penggantian air yang perlu dilakukan dengan teliti. Walaubagaimanapun kepada sesiapa yang ingin mencubanya, nasihat saya ialah belajar dulu tentang kaedah., pemasaran, modal dan sebagainya. Dapatkan nasihat dari pakar dan jangan hentam kromo. Nanti anda juga rugi..

p/s :- Mungkin lepas ni ramai yang ingin mempromosikan syarikat-syarikat masing-masing mengenai ketam nipah ini. Dimaklumkan bahawa blog ini sekadar berkongsi informasi dan tiada sebarang kaitan dengan sesiapa yang mempromosikan syarikat.