Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tidak menulis entri-entri berkaitan pertanian dan penternakan. Almaklumlah dah lama tidak bercucuk tanam apatah lagi nak menternak tapi masih berminat untuk menjalankan projek sebegini. Tapi mungkin 10 tahun lagi, sekarang ni mungkin sukar nak menceburi bidang tersebut walaupun ianya berpotensi.
Terbaca satu rencana mengenai penternakan arnab yang berjaya di Bukit Badong, Kuala Selangor. Penternak yang dulunya hanya memulakan projek dengan 40 ekor arnab pada tahun lalu dan dalam tempoh lebih setahun beliau mampu menternak lebih 3,000 ekor arnab di tanah seluas 3 ekar. Syarikat yang dinamakan, One Stop Rabbit Farm & Trading (ISRFT) ini mengusahakan projek ternakan arnab untuk bekalan daging secara komersial dan sebagai haiwan peliharaan. Menurut pengusaha, Mohd Ismail Fadzil harga arnab peliharaan dijual pada harga RM100 ke atas manakala daging arnab dijual pada harga RM38 sekilo (Pergh, boleh tahan gak harganya). Malahan beliau juga bercadang untuk membina restoran berasaskan daging arnab pada masa hadapan..

Sumber :- Utusan Malaysia
Sememangnya amat kagum dengan pencapaian beliau. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan dari kita mempunyai stigma negatif tentang daging arnab ni. Seingat saya, masa sekolah menengah dulu daging arnab mula diperkenalkan dalam daging burger tapi mula hilang popularitinya. Tak sangka pula daging arnab ni masih mempunyai pasarannya.
Rasanya si Zool tak sanggup nak menternak arnab ni. Ye lah, lepas tu nak sembelih. Dah terasa cam nak sembelih kucing pula. Huhuhuhuhu..
Sekian..

Kalau ternak arnab besar camni mesti selesakan. Boleh buat tunggang cam kuda lagi. Hehehe
p/s :- Insyaallah lepas ni akan cuba menulis perihal pertanian dan penternakan.




ooo, kalau di Indonesia namanya kelinci. memang sedap dagingnya, apalagi untuk sate
Reply
zool
Reply:
July 5th, 2011 at 20:18
oo kelinci ye.. tak sanggup rasanya nak makan tu..
Reply
wahh..arnab tu makan apa jadi besar macam tu..
Reply
zool
Reply:
July 5th, 2011 at 20:20
hahaha.. aku rasa gambar arnab besar kuda tu tipu la… takde mananya arnab besar camtu.. yg betul gambar pakcik dan makcik pegang arnab tu. tu logiklah arnab besar camtu
Reply
Assalam..
Best bela arnab ni tp kesian la nak makan daging dia….
Reply
zool
Reply:
July 6th, 2011 at 08:10
ye la.. memang kesian je tengok..
Reply