Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari Sabtu ( 23 Mei 2009) ketika melalui jalanraya berhampiran saya ternampak ramai polis berhampiran kampung terdekat. Hm.. dalam pemikiran mungkin ada serbuan pendatang asing tanpa izin. Almaklumlah kat kawasan ni ramai juga Indon yang bermastautin. Tapi selepas 3 jam didapati masih terdapat polis . Cuma telah berkurangang. Jadi saya menungu berita tv kerana jangkaan pasti ianya kes besar. Ye memang betul telahan. Rupa-rupanya ada kes jenayah di Kampung Jambatan Air Baruk.. Ini beritanya :-
JASIN 23 Mei – Polis menembak mati seorang lelaki rakyat Indonesia selepas memecah masuk sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Jambatan Air Baruk, di sini awal pagi ini dan menjadikan empat beranak sebagai tebusan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi selepas suspek yang berusia 27 tahun serta berasal dari Lombok memecah masuk rumah berkenaan dengan menggunakan sebilah parang panjang dan senapang patah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, sebaik sahaja memecah masuk, suspek mengikat tangan isteri dan tiga anak mangsa berusia lima hingga sembilan tahun yang ketika itu sedang tidur.
Menurutnya, sewaktu kejadian suami mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai buruh kampung tiada di rumah.
“Kejadian itu hanya disedari oleh suami mangsa apabila tiba di rumah dan mendapati isteri dan anaknya diikat.
“Penjenayah itu kemudian mengugut mangsa menyerahkan wang tebusan RM3,000 jika ingin melihat ahli keluarganya selamat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Salehhudin berkata, penjenayah terbabit juga memberi amaran akan menembak kesemua ahli keluarga mangsa jika tuntutannya itu tidak dipenuhi.
Katanya, mangsa yang ketakutan telah menghubungi rakannya di kampung berhampiran bagi mendapatkan wang tunai tersebut.
“Rakan mangsa kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kesang kira-kira pukul 8 pagi dan sepasukan polis yang disertai 12 anggota bertindak mengepung rumah mangsa.
“Kita cuba memujuk suspek agar tidak bertindak luar batasan namun gagal malah dia menggunakan suami mangsa pula sebagai perisai selepas mendapat wang RM3,000,” katanya.
Bagaimanapun, kata Salehhudin, usaha suspek itu tidak kesampaian apabila dia ditembak di bahagian badannya kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
Katanya, polis masih menyiasat status suspek sama ada pernah bekerja di ladang kelapa sawit terbabit dan mengenal pasti beberapa individu lain di kawasan itu.
“Kita dapati senapang yang dibawa suspek dicuri dari pejabat ladang kelapa sawit berhampiran kampung terbabit beberapa minggu lalu,” jelasnya
Sumber :- Utusan
Memang bahaya betul. Pendatang kini makin tidak takut melakukan jenayah seolah-olah berangapan negara ini tiada undang-undang. Lebih menakutkan perkara ini berlaku berhampiran kawasan saya. Harap dijauhkan … aMIN
RSS Feed
Twitter



May 24th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


zama skrg ni berita jenayah bukan sesuatu yg luar biasa sehingga kita baca pun dah macam biasa-biasa….
Reply
Kejadian ni kat kampung aku… masa tu punyalah ramai polis kat situ…..
Reply
zool
Reply:
May 26th, 2009 at 22:45
Aik?? Ko dekat je lah dengan aku…
Jom layan ngeteh kat DIn Corner..
Reply