Penjara Ah long
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Waduh-waduh. Makin menggila sungguh si lintah darat yang lebih dikenali sebagai Ah Long ni.. Berita yang terpapar di media masa mengenai peminjam yang di penjara dalam lokap buatan AH LOng ini cukup mengemparkan. Kekejaman lintah darat moden semakin menjadi. Sunguh tidak bertamadun sekali. Tengok gambar yang dipaparkan memang menyedihkan.. Mangsa diperlakukan seperti binatang ..

Kredit Gambar :-
SUBANG JAYA – Tiga lelaki hanya mampu mengalirkan air mata dan meluahkan kesyukuran sebaik mereka diselamatkan dari kurungan di sebuah bilik sebesar bilik tandas di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini semalam.
Mereka yang berusia 29 hingga 45 tahun itu dikatakan mula dikurung di situ sejak awal April lalu dan diseksa bagaikan ‘tawanan perang’ oleh sindiket ah long.
Menambahkan lagi penderaan, ah long terbabit hanya memberi sebuku roti kepada setiap mangsa dalam tempoh dua minggu sekali.
Kesemua mangsa juga hanya diberi minum air paip.
Selain itu, mangsa-mangsa yang berasal dari Kajang, Gombak dan Segamat, Johor itu turut dirotan sekiranya mereka membuat bising ketika berada dalam kurungan tersebut.
Sebaik diselamatkan, mangsa-mangsa itu terpaksa dipapah keluar selepas mereka tidak mampu berjalan sendiri akibat sakit seluruh badan kerana dipukul.
Berita Penuh : Kosmo
Nampaknya masalah sebelum-sebelum ini yang berlaku kepada mangsa Ah Long tidak menjadi pengajaran.. MUngkin mereka yang meminjam ada alasan sendiri namun perlu diingatkan lagi bahawa kebanyakan Ah LOng adalah dari kongsi gelap. Jadi mana mungkin dapat selesai dengan cara baik. Pada pendapat saya, elak-elaklah dengan Ah Long..
DIharap penjenayah tersebut perlu dihukum dengan sewajarnya. Apa pendapat anda?




















May 28th, 2009 at 10:10 pm
harap2x bile dah tengok kes camnie…..orang ramai takdelah nak cuba pinjam2x ngan ALONG
[Reply]
zool
Reply:
May 29th, 2009 at 12:22 am
tu le pasal.. kalah penjara guantamato ( betul ke eja??) siap rantai kat leher tu
[Reply]
May 29th, 2009 at 12:04 am
giler kejam ni
[Reply]
zool
Reply:
May 29th, 2009 at 12:22 am
teramatlah kejam
[Reply]
May 30th, 2009 at 1:07 pm
Ah Long ni kadang2 stupid jgk ek. Dah dikurung mangsa tu, macam mane nak bayar duit die org?
[Reply]
June 1st, 2009 at 11:11 am
Mak kata.. jangan pinjam2.. jangan hutang2.. nanti jadi macam orang kat atas! isk isk isk..
[Reply]
June 13th, 2009 at 9:04 am
Along sesuka hati buat peraturan sendiri nak penjara orang tidak bayar hutang…….http://blogsafar.com/?p=44
[Reply]
July 17th, 2009 at 6:07 pm
Ah long business will never stop in Malaysia. They will go on and on and on. Ministers thinking of wiping out ah long? Impossible!
[Reply]
July 17th, 2009 at 6:11 pm
[...] are the reasons why ah long activities are here to stay in Malaysia [...]