LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Penjaga gol Terengganu , Suffian ABdul Rahman meninggal dunia

Salam takziah Ligakampung.com ucapkan kepada keluarga serta seluruh ahli pasukan bola sepak dan penyokong Terengganu yang kehilangan seorang atlet besar di dalam bola sepak negara.
Suffian Abdul Rahman penjaga gol pasukan Terengganu telah meninggalkan alam maya pada usia 41 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu akibat serangan jantung.
Beliau yang beraksi ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada 2 Ogos yang lalu untuk mendapatkan rawatan.
Beliau yang memulakan aksi senior dengan pasukan Negeri Sembilan pada tahun 1999 telah beraksi dengan pelbagai pasukan termasuk Melaka Telekom, Selangor, Kuala Muda Naza, Sarawak, Pahang, Felda United, Sime Darby dan yang terakhir adalah pasukan Terengganu.

Suffian juga merupakan pemain paling senior Liga Malaysia (Liga) yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017.
Ligakampung.com mengucapkan takziah sekali lagi kepada semua yang berkaitan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)