Penipuan Yang Sering Dilakukan Ketika Marathon

Lama betul Jamal tak menulis di sini. Untuk artikel kali ini, Jamal nak berkongsi isu tentang penipuan yang sering berlaku ketika acara larian Marathon. Tak kiralah samada jarak marathon ataupun hanya 5 kilometer ‘Fun Run’. Memang ada je pelari yang bermain kotor untuk mendapatkan pingat.
Jamal pun dah lama tak menyertai acara larian selepas mengalami sedikit masalah di belah betis ni. Jadi kena berehat beberapa ketika atas nasihat doktor. Tapi Jamal masih lagi mengikuti perkembangan acara larian di Malaysia ni. Ada juga pelbagai isu penipuan yang dilakukan oleh pelari.
Jamal ingin berkongsi serba sedikit pengalaman ketika menyertai beberapa acara Marathon dan ini antara penipuan yang sering dilakukan :-

1) Menukar bib. Ini sering dilakukan oleh pelari yang nak dapatkan medal terutama kategori jarak jauh. Mereka ni biasanya tak bersedia untuk sertai acara jarak jauh tapi teringin nak dapat medal dan baju finisher. Nasihat Jamal, tak yah masuk la.. Beli je medal dan baju finisher tu dari pemenang.
Tak perlu nak keluar peluh pun.

2) Melalui jalan shortcut. Dalam acara larian jarak jauh ni biasanya telah ditetapkan laluan tetapi ramai yang mengetahui jalan-jalan yang boleh potong. Mungkin ada yang terlepas tapi sebagai seorang pelari rasanya ia bukan satu tindakan yang jujur. Hang nak main lari pun tipu juga ke?

3) Berlari pada jarak akhir sahaja. Penipuan ni boleh dilakukan bagi acara yang takde bib ‘masa’. Dia boleh je datang 1-2 kilometer dari garisan penamat dan claim medal tu semua. Banyak kes berlaku camni. Suka hati koranglah tapi kalau Jamal jadi penganjur memang kena blacklist le lepas ni.

4) Lari ikut kategori lain. Ada juga yang berlari awal ikut kategori lain. Contoh, pelari kategori veteran lari dulu dan pelari ni kategori terbuka. Dia ikut mula dengan kategori veteran. Biasa kes ni, pelari yang menipu jarang menang. Sebab dia memang tak mampu nak menang pun.

5) Menaiki basikal. Di China ada pelari yang menaiki basikal sehingga telah dikenakan penggantungan seumur hidup. Di Malaysia ni Jamal tak pasti pula. Setakat pertandingan yang Jamal sertai tak pernah nampak pula. Memang kelakar lah sebab bawa basikal. Dah tentulah pelari lain boleh nampak pembohongan tu. Organizer pun ada juga spy-spy di kalangan pelari .

6) Menaiki pengangkutan awam. Yang ni banyak berlaku. Ada tu tengah-tengah perjalanan dia naik train, naik bas, naik teksi semata-mata nak habiskan larian. Memang takde etika betul.

Itu serba sedikit tentang penipuan ketika marathon yang Jamal pernah dengar. Kalau korang ada lain, boleh bagitau kat komen .

Gambar Ini Merupakan antara Penipuan yang acara Marathon pada tahun 1980. Pelari Rosie Ruiz berjaya memecahkan rekod kejohanan Marathon Boston tetapi selepas diselidik rupanya beliau hanya berlari beberapa batu sahaja dan dibatalkan kemenangan.

Sumber :-Guardian

Sambil itu kita doakan pelari Mohammad Asyraf Hassan yang hilang ketika menyertai acara Gopeng Trail RUn dapat ditemui..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.